LAYAKKAH AKU DI RISIK??

kadangkala hati ini terdetik...
layakkah aku untuk sesiapa..??
layakkah aku untuk menjadi penawar bagi kegelisahan seorang lelaki??
layakkah aku menjadi penyejuk di hati??
Alasan yang diberi..
aku seorang yang solehah..
keperibadianku indah..

TAPI..
Jauh di sudut hatiku..
mereka tidak mengenaliku...
Mahu saja aku menangis sekuat hatiku...
untuk aku mengatakan..
Aku sedang bertarung dengan diriku sendiri,
tidak mudah..
Allah sahaja Tahu apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam lautan kekurangan..
Kadangkala aku tergelincir dl landasan keimanan..
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
Maafkan aku kerana kadangkalanya juga aku khilaf..
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
Sebak hati tatkala aku terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku?

sesungguhnya..hati aku bergolak..layakkah aku di risik??
maaf..mungkin aku bukanlah orangnya..luaranku ingin katakan ya tetapi hati ini tidak bersedia..

SHORT NOTE:
kakakku pernah kata,

         "xbley simply2 xnak fikir. ko pun dah masuk 22. mase aku umur cam ko ni la aku dah decide nak kawen ngan abg man..mase umur cam ko ni la aku dah start matang fikir masa depan aku..
semua perempuan berharap akan dilamar seorang lelaki..tapi bukan semua bertuah. tapi ko dalam usia ko ni dah ada yg melamar. ko antara yg bertuah sebab ramai lelaki cuma nak kapel je. tapi mereka pilih ko untuk jadikan isteri..dan ko orang yg terpilih dan jadi aku nak ko tenangkan fikiran. fikir betul2 apa yg ko nak dalam hidup ni."

       "doa jela..tapi rezeki Allah bagi.ko kena pandai nilaikan kesungguhan dan keseriusan orang dalam buat keputusan..kalau orangnya ada pandangan yg baik untuk masa depan, macam ayah yg bertanggungjawab, pentingkan ibu bapa tu contoh pilihan yg sesuai.. ade kawan aku, dia kata lelaki idaman dia adalah anak mak..bagusnya anak mak ni dia akan hargai isteri dia macam dia sayang mak dia.. calon bukanlah terdiri dari orang terlampau bergantung kat mak ayah.."

Allah...aku perlukan dirimu ketika ini...!!

Comments

  1. Alhmdulillah , tahniah dirisik
    Berkata orang alim, bila datangnya lamaran lelaki yang baik agamanya dan akhlaknya maka janganlah ditolak, kerana orang sepertinya itu adalah hadir oleh Allah swt. untuk menjadi pelengkap dirinya yang memahami apa itu sunnah. Andainya kita menolak disebabkan merasa kita itu masih dalam kekurangan maka Allah swt akan hadirkan pula seseorang yang amat terkurang dari agama dan akhlaknya. ia adalah kafarah bagi menolak apa yang baik dari Allah swt. Kadang-kadang perlu juga fikir, tidaklah seseorang yang baik inginka kita kecuali dengan izin Allah swt.

    Semoga berbahagia dunia akhirat..insyaAllah ^^

    ReplyDelete

Post a Comment