BERHATI-HATILAH....



Alhamdulillah...aku dapat mencari beberapa tips ttg bagaimana nak hindarkan diri drpd ilmu pukau, atau dengan kata lain sbg pendinding diri dari kecurian yang melibatkan ilmu pukau ni..untuk perkongsian para sohabi semua...sama2 kita menjaga diri dan barang yang berharga kita sebaik mungkin...

Antara lain dlm risalah tersebut yang dikeluarkan oleh seorang yang bergelar usatz dari sebuah pusat perubatan islam ialah ,

“..hendaklah kita membaca surah yasin selepas solat maghrib tujuh malam berturut2 dan bacaan itu dihembuskan ke sebekas air. dan hendaklah iar yang telah dihembuskan dengan bacaan suray yasin itu disiram ke rumah bermula dari satu tempat ke kanan, dikelilingi rumah tersebut sehingga berjumpa dengan tempat permulaan semula..dan selepas itu, keluar ke halaman rumah dan azan dengan menghadap rumah pada waktu solat sebagai amalan agar tidak dipukau..”. ada juga yang mengamalkan bacaan “ bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fissama’.wahuwassami’ul alim” dan juga bacaan “waja’alna min baini aidihim saddan wamin khalfihim saddan….” (surah yasin) bagi mengelakkan diri daripada dipukau atau disihir.

2.Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat berhenti bacaan). Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam terutama semasa mahu tidur.

Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati sepenuh hati serta yakin dengan Allah. Insya Allah, ayat Kursi ini bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan banyak lagi khasiatnya.

Berikut ialah tempat-tempat berhenti apabila membaca ayat Kursi untuk dijadikan penawar. Baca setiap baris ayat dengan satu nafas.


اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ


Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah

إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ

melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا

dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Niatkan untuk pelbagai perkara juga seperti menghindari pencuri dari memasuki rumah, semasa mahu bermusafir (untuk mengelakkan mana-mana jin mengikut tatkala melintasi kediaman kita) dan lain-lain.

Pernah seorang penuntut Malaysia yang menuntut di Amerika membaca ayat Kursi bagi mengelakkan diri dirogol. Alhamdulillah, Mat Saleh (Mat Toleh sebenarnya) yang mahu mengganggunya tidak jadi meneruskan niatnya.

Bagi menambah keberkesanan bacaan kita ialah sucikan hati dari mazmumah, taati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dalam perkara yang kita sudah tahu. Insya Allah, selamat.

Percaya bahawa Allah yang kita seru melalui ayat-ayatNya inilah yang menjaga kita. Bukannya bergantung kepada ayat itu sendiri. Oleh sebab itu, kita dituntut memahami ayat yang dibaca agar lebih mudah dihayati.

Comments