Friday, May 25, 2012

INGATLAH..

Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. ALLAH SWT jualah pemilik segala yang diciptakan-Nya.

Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji.
Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat.
Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa.

Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki???

Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita...


ﷲ INSYA ALLAH ﷲ PERBAIKI DIRI

【ツ】Sèñyüm【ツ】Syükür【ツ】Sèlålü【ツ】Såhäbätkü【ツ



nice that words...kadang2 aku juga berfikir demikian sedangkan ada lagi yang jauh lebih banyak menerima ujian Allah..sehinggakan ada sahabatku yang sedang  bertarung nyawa kini..Allah..bersyukurlah kamu dengan apa yang kamu miliki sekarang ini..Allahu a'lam..

Thursday, May 24, 2012

PENGHARGAAN TAK TERHINGGA UNTUK KAMU..

Alhamdulillah..hari ini cukup sudah aku  menghirup nafas di bumi Allah ini selama 21 tahun..syukur tidak terhingga..dalam tempoh inilah juga aku dapat belajar daripada kehidupan yang aku lalui..syukran fi kulli hal atas ucapan semua daripada anda2 yang menjadi pendamping istimewa dalam hidup aku..trima kasih banyak2 yang tidak terhingga..mungkin sesetengah orang berpendapat...ucapan hari lahir tu sekadar ucapan..namun,bagi aku..ucapan daripada anda2 semua lebih bermakna lagi2 pada tahun ni..kenapa???

  1. pada awalnya..selepas mak aku meninggal..aku pernah sampai di tahap aku sendiri tidak mampu hendak meneruskan kehidupan ni..betapa sedihnya hati aku apabila tempat aku bergantung selama ini hilang di depan mata aku dalam sekelip mata..really2 down...pernah dulu sewaktu mak aku sakit..aku pernah memasang niat untuk berhenti belajar @ pilihan lain,menukar kos yang lebih ringan kononnnya(course HS)..tetapi dengan semangat daripada semua(students AAD),aku terbangkit daripada kesedihan aku..sebab semualah aku mampu untuk berdiri balik..

ingat salah satu meseg dari seorang kawanku ini-farahaznil: "ana..be strong k..semoga kau terus kuat menghadapi ujian Allah ni..ingat..lepas mak kau meninggal..jangan sampai kau pun hilang semangat nak belajar..kitorang as kawan kau terus ada di sisi kau.."

dan salah satu kata-kata dari lecturer aku yang benar2 aku hormati dan aku rasa dia adalah pensyarah yang merupakan abang yang terbaik untuk kami semua students AAD first year,bro.fadzli irwan(maaf bro..pinjam nama bro kejap..):"kamu rasa..lepas kamu dapat tukar kos tu..kamu akan dapat lagi ke kawan2 macam sekarang ni??" persoalan yang membuatkan aku berfikir 2,3 kali untuk menukar kos..

  • terima kasih untuk semua..mungkin aku terlalu berlebihan dalam hal ni..tetapi aku tak tahu bagaimana untuk aku sampaikan penghargaan terima kasih aku kepada semua..terutama kepada adik beradik aku yang mengambil peranan mak untuk menjaga aku..(terharu..sebab aku jarang nak harapkan apa2 dari korang pun.sebab aku faham masalah korang jauh lagi berat dari aku..huhu..)kawan2 studio(thankz buat aku selalu ketawa..tolong aku waktu susah..dan paling penting yang sanggup datang ke hospital sungai buloh masa mak aku meninggal..datang ke rumah yang jauh dengan ada yang sanggup naik motor sampai ke tg.karang..perkara ni yang buat aku terharu sangat..)dan maaf untuk semua yang aku tak inform pasal mak aku meninggal terutama kawan2 dari SAM.Tanjong Karang dengan SK Dato' Manan..maaf sangat..masa tu..tak tahu nak buat apa..
TERAKHIR....TERIMA KASIH UNTUK SEMUA!!!!!!!!MAY ALLAH ALWAYS BLESS ALL OF YOU...

Wednesday, May 23, 2012

SEBAB TU SAYA TAK KISAH...


kadangkala..aku juga seperti orang lain..seperti juga orang yang kurang dengan ilmu agama..mengeluh dengan setiap apa yang Allah takdirkan..menangis ujian yang Allah berikan..rasa malu aku di sisiNya..astaghfirullah...tetapi setiap kali bersikap demikian.. kenalah kembali dengan ajaran islam yang mana setiap yang berlaku ada hikmahnya..kena yakin bahawasanya Allah tidak akan menakdirkan sesuatu tanpa alasan yang baik.percaya atau tidak..cantiknya Allah "decoratekan" hidup kita ni seindah kehidupan...sekejap sedih..sekejap gembira..dan sekejap lagi bertukar "mood"..warna warni..:)comel2..
selapas selesai membuat painting untuk dewan orang asli..MUKA PENAT..huhu

    sempat bergambar tengah2 membuat painting
  • Alhamdulillah..apa yang aku miliki sekarang adalah datang dari Allah..walaupun semua tu aku kena membuat pilihan..tetapi apa gunanya Allah hadirkan istikharoh??betul tak??insyaallah..Allah Is Fair right??pasti sangat Dia akan memberi jawapan yang terbaik bagi sesuatu hal...cuma kena yakin dengan Allah..itu syarat utamanya..:) 
  • walaupun macam-macam hal yang terjadi dalam hidup aku..aku rasa tetap bahagia sekarang sebabnya walaupun Allah mengambil ibuku untuk kembali padaNya..tetapi Dia juga telah menggantikan aku 1 keluarga yang baru..iaitu rakan studioku..entahlah..rasa macam keluarga dengan mereka..berkongsi masalah dan cuba selesaikan bersama..buat "trip" macam hari keluarga..nice all that thing..walaupun dalam hati ni aku rasa sayu..sebak juga bila terfikirkan mak..tapi dengan kawan2 yang macam keluarga inilah yang membuatkan aku lupa dengankesedihan aku..terima kasih STUDIO AAD..:)
  • menanti untuk di panggil waktu porfolio
  • TERIMA KASIH KERANA MENJADI KELUARGAKU,SEMUA..

Monday, May 21, 2012

KEGEMBIRAAN DALAM KESEDIHAN

gambar kat atas ni antara projek yang telah aku laksanakan untuk semester kedua..yang ats untuk projek interior design dan yang bawah untuk projek conservation..
  • hari ini...rasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi..sesungguhnya apa yang aku perolehi adalah sesuatu nikmat yang membuatkan aku hampir terduduk dengan kegembiraan dan kesedihan..grade keputusan untuk projek aku telah pun di perolehi harini..pada mulanya sesetengah kami di temu duga oleh orang luar tentang majoring course yang bakal kami lalui pada tahun kedua.dan aku adalah antara yang terpilih untuk di temuduga oleh bahagian conservation of islamic art museum..terharu..dia menyokong penuh aku memasuki conservation..dan beberapa minit kemudian..pengumuman markah grade kami dalam studio projek di umumkan..dan Alhamdulillah..jauh dari sangkaan aku,aku telah memperolehi lebih dari apa yang aku targetkan..A-..bkn mudah nak dapat B..apatah lagi untuk A-..bersyukur..rezeki Allah yang paling membuatkan aku gembira tetapi sedih kerana aku tidak dapt berkongsi dengan ibuku...Allah..ini semua untuk mak....mak..ni hadiah untuk mak atas kejayaan ana yang tidak seberapa ni....maaf ana dapat berikan ketika ini...

Friday, May 18, 2012

SATU PERSATU..


  • kekuatan aku sering kali tersungkur..kadangkala,aku seperti putus asa dengan kehidupan yang aku lalui..Allah..kuatkan diri dan semangatku..
  •  akhirnya...semester kedua ini telah hampir kepada penghujungnya...syukur..walaupun diikutkan semester kali ini adalah satu jangka masa yang banyak menguji diriku dan keluarga...namun,segalanya kami mampu menempuhi dengan secebis kekuatan yang di berikan oleh Allah.
 


  • bulan ramadhan hampir menjelma...tidak tahu aku ingin katakan apa...cume aku berharap waktu itu akan berganjak ke hadapan lagi..mugkin,selepas ketiadaan ibuku membuatkan hati ku menjadi......Allah..kuatkan hati hambaMu ini... 
  •  tambahan...raya kali ini aku tidak mampu menggambarkan suasananya nanti...sunyi...itu sahaja yang mampu aku bayangkan..namun,raya kali ini juga menjadi debaran untukku...jadi atau tidak segalanya ku serahkan padaNya..jawapan itu pun aku masih tidak pasti...menerima atau menolak...hatiku berkata begini..namun diriku berkata begitu...Allah..semoga Engkau hadirkan jawapan yang terbaik untukku dan penghidupanku...
 
ini yang sentiasa aku impikan..perkahwinan awal yang ku dambakan kerana dengan itu jauhnya aku dari untuk melakukan kemaksiatan...namun..betul kah ini jalan yang terbaik untukku..??waktu sekarang yang macam2 terjadi..aku tidak mampu untuk membrikan segala kata jawapan..keputusan..biarlah jodoh itu menjadi rahsia Allah.aku tidak mahu terlalu memikirkannya walaupun masa itu akan menjelma..Allah..aku benar2 inginkan jawapn yang terbaik dariMu..

Monday, May 7, 2012

Meneliti sihir dan adanya jin dalam tubuh

Bagaimana hendak membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukan jin? Orang yang tersihir biasanya, mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang disertai keterlibatan jin. Jin seperti ini adalah jin jenis yang merbahaya. Sedangkan orang kemasukan jin, kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan. Di bawah ini adalah cara yang boleh mengetahui adanya sihir atau kemasukan jin dengan menguji si pesakit, berdasarkan ayat Al-Qur’an. 1. Bacalah akhir Surah Ibrahim pada telapak tanganmu : 2. Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu’minin : 3. Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq : 4. Seterusnya Surah An-Nas : Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahagian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan telapak tanganmu itu di depan mata si pesakit and mintalah dia melihatnya. Kalau si pesakit itu sama sekali tidak boleh melihatnya atau penglihatannya silau atau nanar atau melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam atau melihat banyak salib di telapak tanganmu itu atau tiba-tiba kepalanya terasa pening atau menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka si pesakit itu tidak diragukan, terkena sihir ataupun kemasukan atau kedua-duanya sekali. . Yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri Ambillah tujuh lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah sehingga lumat. ( Boleh juga dilakukan menggunakan mesin blender ). Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau air ludahmu mengenainya. Bacakan ayat berikut ini dan arahkan pada air tersebut : 1.) Ayat Kursi : 2.) Lanjutkan dengan Surah Al-Kafirun : 3.) Lalu Surah Al-Ikhlas : 4.) Berikutnya Surah Al-Falaq : 5.) Selanjutnya Surah An-Nas : 6.) Berikutnya, ayat sihir dalam Surah Al-A’raf : 7.) Lalu ayat sihir dalam Surah Yunus ayat 79 – 82 : 8.) Terakhir, ayat sihir dalam Surah Thaha ayat 65 – 69 : Setelah selesai bacaan ayat-ayat di atas, minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian dan sesudah itu, Insya’ Allah, sihir itu tidak akan datang lagi. . Mengusir atau membunuh jin Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu’. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan. Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu’, lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya. Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah. Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya, ( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, “Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna,” sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo’akan kehancurannya. ) atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya. Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, “Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri.” Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya. Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta. Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi. . Cara mengusir jin yang tinggal dalam rumah Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :- 1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut : 1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali. Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun. 2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut : 2.) Kemudian bacalah ayat-ayat lanjutan ini. Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka. Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang. Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi. Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...