makin semangat untuk berpurdah nanti...:)

~.: ISU PURDAH: Pilihan Di Tanganmu:.~

December 22, 2009 by srikandiumar

Kenapa Kak yati berpurdah? Soalan yang selalu dilontarkan kepada ana, namun ana masih tidak bosan memberi jawapannya.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi hidayah kepadaku untuk berpurdah.

Salam semulia berjuang dan berjihad membela agama Allah! Menjadi kewajipanku untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu tidak kira sama ada ia menyentuh perkara akar atau cabang dalam agama. Wallahua’lam.

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian

Tetaplah dalam agama yang hak, berterusanlah kekal di jalan Allah, berhati-hatilah dalam segala tindakan, moga dirimu dalam naungan kasih-Nya..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kurafakkan pada Ilahi, kerna dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih diberi keizinan untuk bernafas dan masih berpeluang untuk meneruskan hidup ini dan masih ya masih terbuka luas pintu taubat buat kita semua…Subhanallah..

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w yang mulia, penghulu segala Nabi, moga syafaatnya kan bersama kita di tika hari di mana harta dan anak-anak tidak bermanfaat bagi kita, iaitu hari pembalasan yang dijanjikan dalam kitab-Nya.

USAH DIPAKSA

Caturannya mudah- jika bakal suami tidak suka bakal isterinya berpurdah, maka tinggalkan lelaki itu. Banyak lagi calon lain yang lebih baik, pandangan Allah lebih utama. Jika bakal isteri tidak mahu berpurdah, sedangkan si bakal suami beria-ia mahu bakal isterinya berpurdah, maka tinggalkan ia. Banyak lagi calon lain. Usah dipaksa, ia bukanlah mudah.

*_* Buat apa nak pening kepala. Islam itu sempurna. Pilihan pasangan di tanganmu.

Kepada Bakal Suami,

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.

Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.

Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Kerana lelaki soleh yang kau sukai itu tidak mahu dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain.

Usah menangis kerana dipaksa berpurdah kerna ia sesuatu yang baik untuk memelihara dirimu. Berdoalah agar dibukakan pintu hati untuk mencontohi pakaian isteri Nabi Ummahatul Mukminin.

Ya, sabahat-sahabat yang dikasihi, ketahuilah memakai purdah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan keimanan yang tinggi dan mujahadah yang sebenar-benarnya.

Selama hampir tiga tahun berpurdah, setelah empat tahun berminat dengan purdah dan berusaha mengenali purdah, ana tidak pernah melihat mana-mana wanita memaksa sahabatnya berpurdah.

Itu yang ana pelik, bila ada lelaki menyuruh bakal isterinya berpurdah. Persoalannya, antara mereka belum ada ikatan. Persoalan kedua, kewajipan berpurdah itu ada khilafnya. Buka tafsir ulama’ bahagian Surah al-Ahzab ayat 59 dan Surah an-Nur ayat 30-31. Namun ana akui, galakan dan dorongan itu baik tapi tiada ikatan yang halal menyebabkan galakan dan dorongan itu sepatutnya selepas berkahwin.

Persoalan ketiga, mereka berhubung tanpa ikatan yang halal. Dalam surah al-Isra’ 17: 32. Allahmengingatkan kita jangan sesekali menghampiri zina, jadi, jika mereka berhubung mesra tanpa akad yang sah, lebih lagi perlu ditekankan dan difokuskan jika ingin mendapat keredhoaan Allah, bukannya isu purdah yang perlu ditekankan. Soalnya, yang asas dalam Islam pun belum selesai, soal couple pun masih ambil ringan, untuk apa menyuruh si wanita berpurdah. Cerminlah dan muhasabahlah diri sendiri sebelum menyuruh si bakal isteri yang macam-macam. Belum lagi bernikah, jadi, si ‘bakal isteri’ tidak ada kewajipan mentaati. Lagi satu, dalam surah an-Nur 24: ayat 30- 31 ada menekankan soal menjaga pandangan. Jika kedua-duanya menjaga pandangan, keadaan pasti lebih baik.Ikutlah hukum Allah, usah buat tafsiran sendiri. Rujuk tafsir, hadis , penjelasannya jelas.

Pening kepala ana dengan masalah adik-adik ni. Macam-macam ada.. Moga Allah memberikan hidayah kepada ana untuk terus beriltizam dalam agama.

Bukankah Allah sudah berjanji bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Ini jelas dalam surah an- Nur ayat 26. Jadi, usah risau jika belum tiba jodoh dan jika belum menemui jodoh yang baik kerana jika kita baik, pasti akan mendapat yang baik juga. Oleh itu, yang degil-degil terhadap hukum Allah, tinggalkan aja..:.~ mudah bukan? Fokus untuk memperbaiki diri sendiri. Full stop.

Soal jodoh sudah ada ketetapannya di Lauh Mahfuz. Usah risau tidak menentu. Nasihat ana untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat semua. Fokuslah pada perjuangan, gerak kerja untuk mendaulatkan Islam masih banyak. Berniagalah untuk menambah duit, mudah bagi perbelanjaan pernikahan, walimah dan untuk kebaikan anak-anak di masa depan.

Soalan biasa yang diutarakan kepada ana ialah soal mengapa isteri ulamak atau ustaz tidak berpurdah.

Jawapannya yang berkemungkinan:

1) Mereka pernah disuruh, tetapi mungkin tidak mahu atau

2) Mereka disarankan tetapi merasakan tidak perlu atau

3)Mereka tidak disuruh kerana suami mereka (ulamak/ustaz), menganggap purdah tidak wajib. Kan ana dah kata terpulang pada pegangan masing2…asalkan usah halang orang lain berpurdah dan usah dipaksa. Jika isteri disuruh suami, maka wajib taat atau

4) Mereka sudah tiada keinginan untuk berkahwin, sudah tidak mengandung dan sudah tidak beranak (umur menopause) , oleh itu, dalam Surah an-Nur ayat 60 Allah mengizinkan wanita menanggalkan pakaian luar mereka. Dalam hal ini, ulamak menghukumkan purdah, iaitu dibolehkan untuk tidak memakai purdah dalam usia begini. Walau apa-pun, bagi ulamak yang menghukum purdah ni tidak wajib tetapi hanya sunat, maka pakaian luar yang dimaksudkan yang diberi kemaafan untuk ditanggalkan adalah tudung. Namun, lebih baik jika istiqomah bertudung. Begitula. Sila rujuk Kitab Tafsir mana-mana ulamak untuk ayat-ayat di bawah:

1)Surah al-Ahzab : 59

2) Surah an-Nur: 30-31

3) Surah an-Nur : 60

Ana memakai purdah pun atas minat dan keiginan sendiri. Ana lebih suka terpelihara dari pandangan lelaki yang boleh menimbulkan dosa dan rangsangan yang tidak baik. Ana tidak pernah dipaksa atau disuruh-suruh untuk berpurdah.

Ana tak kisah jika mereka tidak mahu berpurdah. Ana tidak pernah memaksa. Sekadar memberi jawapan kepada soalan, memberi galakan, dorongan, menjual purdah dan of course menjaga kemaslahatan sahabat-sahabat yang berpurdah. Yelah, memandangkan ana orang keempat yang memakai purdah di KUIS ni, sekarang dah hampir 50 orang berpurdah. Di Malaysia pun, ana rasa tak sampai 1000 orang lagi yang sudah berpurdah, jika ditambah semua yang wajib berpurdah di pondok-pondok dan sekolah agama, maka ana pun tak tahu berapa orang.

Samalah macam para ibu kita mula memakai tudung di zaman 80-an, memanglah payah, benda baru..masyarakat baru berani nak implement hukum berpurdah, memanglah payah sikit sebab kurang keyakinan diri. Takpe, take your time..k. Ada yang kata susah nak dapat jodoh, susah nak kerja..hmm…macam-macam..terpulang, pandai-pandailah buat pertimbangan. Yang dah pernah dan selalu jumpa wanita berkerjaya memakai purdah, tentu faham. Yang dah selalu dikacau, dipinang dan dilamar tentu faham sangat soal jodoh tiada kaitan dengan purdah. Orang yang memilih kerana iman tidak akan melihat pada rupa paras dan kecantikan.*-* Betul tak kawan-kawan? Tepuk dada tanya iman.

Ana tak kisah pun, jumlah pemakai purdah akan bertambah sendiri kerana purdah menepati ciri wanita yang mempunyai perasaan malu dan ia memelihara kehormatan wanita especially mereka yang terpaksa keluar ke sana- ke mari untuk berdakwah dan terpaksa berurusan dengan kaum lelaki yang ramai untuk tujuan berorganisasi dalam membela Islam. Ia perkara baik dan memenuhi tuntutan fitrah wanita. Jadi, ana takda masalah untuk mereka yang tidak mahu pakai, tapi jagalah pandangan dan jagalah senyuman, usah jadikan sekuntum senyuman sebagai sedeqah itu menjadi racun yang melemahkan jiwa lelaki.

Ana tahu berpurdah ini banyak tentangannya. Biasalah tu…benda baik, pasti banyak ujiannya. Ana pun tak tahu Allah akan izinkan ana berpurdah sampai bila. Insya Allah istiqomah. Apa pun, bagi ana tentangan keluarga itu perkara biasa. Ana pun pernah menghadapinya. Insya Allah berkat kesabaran, mereka akan faham. Kebenaran itu satu kekuatan. Keluarga ana adalah penguat ana sekarang. Mak dan adik ana pun sudah berpurdah. Malah, mak pun tak kisah dan nak memakai purdah semampunya, walaupun ana sudah menceritakan bahawa Allah memberi kelonggaran untuk mak tidak memakai purdah berdasarkan Surah an-Nur : 60. Tapi, mak dah suka, terpulang….Sebab tu ana yakin, purdah ni fitrah wanita..sebab tu ramai yang berpurdah walaupun mereka tidak tahu hukum. Mereka suka kerana ia memelihara kehormatan. Ia adalah reaksi kepada rasa malu dalam diri wanita. Begitulah perasaan kita sebagaimana kita memakai jubah dan tudung labuh dahulu. Perasaan merasa diri terpelihara dari pandangan yang menimbulkan dosa dan menggetarkan nafsu lelaki.

Ana dulu pun memandang ‘mengarut’ pada wanita berpurdah ni, bagi ana, untuk apa berpurdah sedangkan kita wajib berdakwah? Hehe..malu pulak rasanya bila teringat zaman jahil dulu-dulu. Waktu tu, bagi ana, ana lah yang lebih baik berdakwah daripada kawan-kawan yang memakai purdah, sebab ana boleh tersenyum. Tapi, sekarang baru ana tahu, orang berpurdah boleh tersenyum dengan matanya. Hanya mad’u dan wanita sahaja boleh memahami senyumannya. Sebalikya, lelaki memang tidak akan dapat melihat senyumannya. Ia tersimpan di sebalik tabir yang menabir diri. Bila ana berpurdah baru ana tahu bahawa berpurdah tiada kaitan dengan terganggunya gerak kerja dakwah, asalkan kita teruskan berdakwah. Yang lagi buat ana istiqomah (berterusan) memakai purdah ialah kerana ana lebih dikenali kerana berpurdah, ramai pula yang datang berkenalan dan bersembang serta berkawan dengan ana untuk bercakap-cakap tentang purdah dan kemudian tentang Islam. Ya, dakwah ana lebih berkembang bukannya menyempit..alhamdulillah. Ia bergantung pada sikap individu itu sendiri. Jika dia seorang pendiam atau menjauhkan diri dari orang, memanglah patut benar dakwahnya makin menyempit, tapi jika dia suka bersembang macam ana, dakwahnya pasti berkembang. Tengok sahaja dirinya sebelum berpurdah dan selepas berpurdah, skop dakwahnya bergantung pada attitude atau sikapnya..(bukan purdahnya).

Hmm…ana juga tidak kisah bagi sahabat-sahabat yang sudah tidak berpurdah, bagi ana, tentangan memang hebat, jika mereka dah tak mampu nak tanggung, nak wat camne.. ana kira beruntung sebab ana yang belajar syariah dalam keluarga. Itu sebabnya, ana yang jadi rujukan untuk bab hukum dalam keluarga. Jadi, keberanian Khalifah Umar, keberanian Sallahuddin, keberanian Jaafar, Khalid dan Hamzah perlu ada dalam diri untuk mempraktikkan hukum. Jika kita lemah mengikut suasana dan zaman, kita akan ketinggalan dan terus-menerus dalam kejahilan dan melekatlah karat-karat yahudi pada diri kita kerana tidak berani mengubah kepada cara hidup Islam dan kemalasan membaca dan mengkaji juga adalah penyakit umat Islam khususnya di Malaysia. Memilih untuk bertaqlid (berhukum membabi buta) tanpa kajian adalah merugikan.

Ngapa akak Yati berpurdah? Penjelasannya mudah.

Dalam mazhab Syafie, hukum berpurdah lebih berat kepada wajib, manakala ulamak lain menghukumnya sebagai sunat mustahab dan sunat (kecuali ketika solat dan ihram).

Tidak ada sebarang dalil pengharaman berpurdah bagi wanita .

Malah ada ulamak berpendapat diharuskan untuk berpurdah ketika ihram seandainya dikhuatiri akan menimbulkan fitnah. Semua ulamak sepakat tidak wajib berpurdah ketika solat. Solat dan ihram tergolong dalam hal ta’abbudi.

Ana tidak menolak pendapat ulamak kontemporari bahawa purdah tidak wajib. Terpulang, Allah memahami hamba-Nya. ..Allah tahu bahawa wanita mempunyai sifat malu. Malu itu mendorongnya untuk berpurdah. Dengan sebab itulah kita tidak akan jumpa mana-mana hujah yang mengharamkan wanita untuk menutup wajahnya (berpurdah). Seperti yang ana selalu katakan pada mereka yang bertanya pada ana tentang kewajipan berpurdah…

“ Seandainya ana hidup di zaman Nabi Muhammad s.a.w, pasti ana meminta ayah ana bertanya kan kepada Baginda ataupun ana bersama sahabat nabi Saidatina Asma’ binti Abu Bakar untuk bertanya sendiri kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang kewajipan berpurdah”.

“ Oleh kerana ana tidak hidup di zaman itu, maka menjadi kewajipan ana untuk merujuk al-Qur’an yang mulia. Setelah menelitinya, tidak ada Surah yang menjelaskan hukum berpurdah secara terang, kecuali Surah an-Nur dan surah al-Ahzab yang bercerita tentang aurat wanita yang perlu ditutup. Maka ana kembali merujuk kepada tafsir al-Qur’an yang ditulis oleh sahabat-sahabat Nabi yang hidup pada zaman Nabi. Mereka lebih akrab dengan Nabi dan lebih jelas tentang maksud ayat-ayat Allah seperti mana penjelasan yang mereka perolehi dari Nabi. Maka ana merujuk Tafsir Ibnu Abbas dan Tafsir sahabat-sahabat, Tabi’, Tabi’ tabi’een iaitu mereka yang hidup pada zaman yang hampir dengan Nabi”

“ Maka jelaslah ana tentang tafsiran mereka. Ya, ulamak berbeza pendapat, tapi, dalam pendapat mereka, jelas kepada ana, ulamak lebih menggalakkan wanita berpurdah namun memberi kelonggaran bagi yang benar-benar tidak mampu dan berhadapan dhorurat atau tentangan tertentu. Ana tidak pernah menemui sebarang halangan dari mana-mana ulamak untuk ana berpurdah di hadapan lelaki yang bukan mahram bagi ana.”

Jelaslah berpurdah ini dibenarkan syarak, oleh itu jangan dipaksa untuk membukanya, sedangkan ia tidak pernah diharamkan dalam Islam. Bagi yang lelaki, ana nasihatkan usahlah sewenangnya menyuruh wanita calon isterimu berpurdah kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Tidak ada sebab bagi lelaki yang belum berkahwin dengan seorang wanita untuk memaksa wanita itu berpurdah kerana tidaklah ada kewajipan bagi wanita tersebut untuk mentaatinya.

Begitu juga pilihan terletak di tangan kita. Tidak ada wanita yang boleh dipaksa mana-mana lelaki untuk menanggalkan purdahnya jika tidak ada ikatan antara mereka.

Wahai lelaki, usah bersedih doakan pintu hatinya terbuka untuk memakai purdah..

Wahai wanita, usah bersedih doakan pintu hatinya supaya menerima purdah sebagai pakaianmu..

Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah.

Usah terbeban dengan cinta, andai ia menjauhkan kita kepada Allah.

Andainya mereka mengatakan wanita berpurdah itu buruk akhlaknya, bersabarlah dan tekunlah dalam beribadah. Maafkan mereka kerana sikap saudara kita yang lain.

Andainya ibumu menyuruhmu untuk tidak berpurdah, maka tanggalllah di hadapannya kerana kewajipan untuk taat pada ibu itu lebih tinggi. Namun, untuk memelihara dirimu dari ratahan pandangan lelaki, berpurdahlah di mana saja yang dirimu mampu tanpa pengetahuan ibumu. Begitu juga apabila sudah bersuami. Kewajipan untuk taat pada ibu bapa dan suami lebih tinggi lagi kerana ia disepakati semua ulamak.

Kepada wanita, jika dia jodohmu, ia akan dikurniakan Allah kekuatan untuk menyuntingmu dari ibu bapamu satu hari nanti di taman larangan. Jika ia bukan jodohmu, anggaplah seorang lelaki soleh sedang mempersiapkan dirinya untuk memimpinmu sebagai suami satu hari nanti. Jika bukan di dunia, mungkin di Syurga. Usah merasa kehilangannya, kerna ia memilih kecantikan dan pandangan manusia.. Tiada yang luput daripadamu melainkan seorang lelaki yang mencintai kecantikan wanita. Allah akan menggantikan lelaki soleh yang memilihmu kerana agamamu bukan kecantikan, keturunan dan kekayaanmu.

Yakinlah janji Allah, pertahankanlah kesucian dirimu.

Utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia.

Yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu atas kelemahan ana sendiri dengan izin Allah.

Mohon teguran dan pandangan semua.

Wallahua’lam.

short note:suke bile bace blog ukhti ni..buat aku bertambah yakin untuk berpurdah akan datang..syukran ya (http://srikandiumar.blog.friendster.com/2009/12/isu-purdah-pilihan-di-tanganmu/)

Comments

  1. Assalammualaikum,

    Saya baru 2 bulan berpurdah, dan saya amat memahami. Saya bersyukur ditemukan Allah dgn blog ini, dapat juga saya menumpang kekuatan.

    Salam ukhuwwah,
    hazazean.com

    ReplyDelete

Post a Comment