PENGALAMAN JADI FASILITATOR....






Masih jelas lagi ingatanku akan program yang aku ikuti pada mggu lepas….menjadi seorang fasilitator bagi bekas2 anak muridku adalah sesuatu yang aku inginkan selepas aku berhenti mengajar dahulu…terbayang perangai Akalili yang sering mengusikku sewaktu mengajar….Zubahir yang selalu membuatkan aku tertawa dengan cara percakapannya yang berjenaka..Aizat yang menjadi pelajar yang paling berdidikasi bagiku…Adam yang membuatkan aku menjadi kanak2 sepertinya dan anak2 muridku yang lain yang membuatkan hidup aku lebih bermakna…Alhamdulillah…pertemuanku dengan mereka kali ini menjadi sesuatu yang menggembirakan hidupku….


Program Pembangunan Insan Cemerlang (PPIC) ini adalah satu program yang di anjurkan oleh alumni bekas2 pelajar SK Dato’Manan untuk pelajar2 yang bakal menghadapi UPSR(tahun 6).tujuan program ini di adakan untuk memberi motivasi supaya cemerlang dalam peperiksaan..tapi yang istimewanya kali ini,program ini ramai di sertai oleh ramai sohabiku yang sebaya aku…tak dapat aku gambarkan perasaanku apabila bertemu mereka…masing2 ada yang jauh berubah dan ada juga yang sama seperti dahulu…baiti,salah seorang sohabiku yang masih seperti dahulu…tetapi seorang sohabiku yang ini,Zaki jauh berubah….dari dulunya seorang yang agak pendiam dan bersederhana tetapi kini lebih banyak menyakat sohabi2 yang lain dan gayanya yang lebih menunjukkan sama seperti salah seorang artis Malaysia,Faizal Tahir..macam2 sohabiku semua ni…namun apepun,aku cukup berbangga kerana hubungan kami semua masih lagi akrab seperti dahulu…

Program kali ini aku ditugaskan untuk menjalankan slot MUHASABAH DIRI..sebenarnya agak berat juga menjalankan slot ni di sebabkan memerlukan hati dan perasaan untuk menyelami sesebuah cerita tetapi dengan satu keinginan untuk mencuba,aku tetap teruskan dengan bantuan sahabat2 fasilitator seperti Razin Redzuan dan khalis Khairi..(syukran sggup berjalan jauh untuk program ni...)Walaupun apa yang di rancang tidak sepenuhnya menjadi tetapi Alhamdulillah semua fasilitator memberi respon yang baik kerana mencuba sesuatu yang baru dalam program kali ini untuk pelajar2 SK Dato’Manan..aku bersyukur apa yang kami bertiga lakukan di hargai..dan ucapan terima kasih kepada smua sahabat aku yang lain yang turut membantu ..syukran jazilan alaikum..

Comments

  1. thun nie pun agk mriah jgk dgn khadiran zaki tp cme sygnyer mkin lme,mkin skit fasi...kemana smue rkn2 kter yg len...dimana??

    ReplyDelete

Post a Comment