FINALLY

Assalamualaikum....semoga hari ini Allah masih memberikan kemudahan kepada kita untuk melalui cabang kehidupan...apa khabar iman kita hari ini?? adakah dalam keadaan yang baik ataupun sudah jauh meninggalkan kita?? saling muhasabah..

Alhamdulillah..pejam celik akhirnya tinggal sebulan untuk menghabiskan semester dan pembelajaran di UIA ni...perasaan??gembira campur sedih kerana aku akan meninggalkan keluarga keduaku yang terbaik iaitu sahabat2 di UIA ni..namun, insyaallah..jika sebuah ukhuwah itu ikhlas kerana Allah...maka hubungan itu tidak akan berakhir...

lepas ni...kena cari kerja...satu tanggungjawab baru yang perlu di galas untuk membalas jasa adik beradik..semoga ada rezekinya dalam bidang pekerjaan  ni...

dan dalam beberapa ketika..aku mengakui aku sudah berubah...aku tidak seperti dahulu..dulu mungkin aku pendiam dan agak "bersopan"...huhu..sekarang ni...aku jadi seorang yang banyak mulut...sedikit kasar dan mungkin di sebabkan banyak bergaul dengan orang..maaf....aku juga insan biasa...

haa...terlupa...alhmdulillah juga..sewaktu presentation final..urusan waktu itu dipermudahkan..dan komen pensyarahku agak memberiku semangat iaitu di offer untuk menyambung master...Allah...hati ini suka belajar tetai kerana tanggungjawab kepada adik beradik...maka perlu di hentikan niat tu sementara waktu...insyaallah..akan datang juga ada rezekinya..


SHORT NOTE: Minta maaf lagu dalam blog kali ni..tak semuanya mencorakkan lagu yang islamik...sila rendahkan volume lagu sebab ada sesetengahnya lagu yang rancak..maaf..sebab layan semua lagu...

Comments