SURAT TERBUKA UNTUK KAMU

mungkin hal ini terjadi terlalu lama..tetapi kisah dulu tidak pernah ku lupa..
kerana perkenalan kita..banyak mengubah diri aku yang terlalu buta dengan cinta..

benar...umurku terlalu muda untuk ada di sisi dia..
benar..aku adakalanya kebudak-budakan bila berkata..
benar..aku terlalu jahil akan segalanya..
hinggakan aku pernah suatu ketika..aku fikir kaulah jodoh yang benar untuk hati ini yang pernah terluka..

namun..aku alpa akan sesuatu...aku abaikan apa yang sewajibnya bagiku..
aku menurut arahan bukan dari Dia yang Satu tetapi dari kamu..
dari seorang manusia yang juga sepertiku..
Allah..ketika itu aku terasa hatiku mati kaku..
mendengar dan mengubah apa yang dia mahu..
kerana kononnya atas sebuah cinta yang beku..

kerana cinta..tudung labuh ku campakkan ke tepi untuk peroleh pujian kecantikan yang palsu..
kerana cinta...aku bersungguh untuk mnguruskan diri demi kamu bangga aku di sisimu..
kerana cinta..aku sanggup permudahkan urusan ke arah Baitul Muslim itu..walaupun hanya nilai hantaran dan mas kahwin rendah mengikut kemahuanmu..
kerana cinta..aku pekakkan telingaku atas luahan wanita idamanmu walaupun aku di depanmu..
kurus..matang..bertudung labuh..berniqob..lebih berusia..bekerjaya..itu yang selalu dilafazkan di mulutmu...
ketika itu..aku berusaha untuk menjadi permaisuri hatimu seperti idaman kallbu..

tetapi..hati aku terfikir seketika..
kenapa harus ku ubah..kalau aku tahu aku bukanlah pilihan dia...??
kenapa aku langsung tidak kisah berapa banyak duitku berhabis hanya kerana dia..??
kenapa aku tidak menegakkan prinsipku dan pegangan agama..??
kenapa aku hanya berdiam diri bila kau bersuara..marah padaku seperti aku adalah pesalah utama..??
sungguh..butanya aku menilai sebuah cinta yang ikhlas dari seorang yang bernama manusia..

hari ini..Allah tunjukkan jawapan yang sebenar...
dulu saat terakhir kita berjumpa...aku ingat kata-kata keramat dari kamu..
"sebenarnya...mak suruh saya cari orang lain..sebab awak belajar lagi..saya tak mampu nak sara awak..mak tak restu hubungan kita.."
jadi...apa fungsinya kamu meneruskan hubungan itu denganku??
mempermainkan perasaan seorang wanita yang muda darimu??
Allah...namun...sekarang Allah telah tunjukkan sesuatu..
kamu bakal menikahi seorang wanita yang sama sepertiku..
mungkin bezanya adalah dia bekerjaya..dan aku masih belajar lagi..dan itu mungkin kekuranganku..
mungkin dia yang memenuhi ciri wanita idamanmu..

"selamat pengantin baru..semoga itu yang terbaik untukmu!"

SHORT NOTE: bukan untukku mendendamimu...tetapi cara kita berakhir bukan mengikut mengikut kejujuran yang perlu..usah permainkan restu ibu andai kamu sudah memiliki orang lain yang bukan aku..

#berat sangat ke sebuah kejujuran???

peringatan untuk diri sendiri..

back to Allah..

you deserved get the better one..



Comments