PERJUANGAN YANG TERHENTI

berakhirnya sebuah perjuangan di sini...hanya menanti  sejam untuk di lalui bersama akak-akak dan abang2 yang di sayangi Allah..pengalaman??usah di tanya kerana terlalu banyak kenangan yang terindah bersama mereka..dengan bermulanya kekalutan dan keseganan yang ada dalam diri dan berakhirnya dengan sebuah ikatan yang Allah redhai, Insyaallah..

kenapa..kenapa dan kenapa aku berhenti di landasan perjuangan itu?? alasan yang utama adalah kerana soal kekangan kewangan..mungkin bagi sesetengah pihak..biasalah..hidup dalam menuntut ilmu..banyak duit di gunakan..yes..aku akui dari segi tu..namun kemampuanku ada batasnya..memang adik beradik ramai..tetapi mungkin jenisku adalah berdikari..dan bukan jenis yang meminta kalau tidak terdesak...itu diriku..namun, batas kemampuanku cukup sampai di sini..maaf dariku..dunia di bandar banyak mengajar diri budak "Kampung girl" ini untuk lebih berdikari dan kuat menghadapi..

pemindahanku dari Kraftangan Negara ke muzium Negeri Sembilan bukanlah sekadar suka-suka tetapi sebab utama juga kerana kakak ku juga ada di sana..mungkin agak menjimatkan kerana dia ada..tetapi sebab utama juga kerana hanya ini sahaja masa yang aku ada bersama-sama dengan dia..kerana selepas ini dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jodoh yang di takdirkan untuknya..sesetengah orang kata..bukan lepas ni..tak jumpa langsung dengan kakak sendiri..maaf..bukan untuk ku kata apa..apabila seseorang sudah berkahwin..perkongsian cerita..suka dan duka pasti akan kita kongsikan dengan orang yang telah halal untuk kita..kerana dialah tempat segalanya..dan keterbatasan dengan ahli keluarga lain akan mulai wujud..it's normal things & we can't deny it..dia bukan sekadar seorang kakak.. tapi dialah seorang sahabat baik dan akrab bila aku inginkan seseorang untuk berkongsi dan dialah yang paling memahami diri ni berbanding adik beradik lain..

selain itu..kekuatan dan semangat diri juga adalah salah satu faktornya yang adakalanya aku jatuh tergelincir..mungkin kuatnya seorang hamba apabila dia ada jiwa2 di sekelilingnya yang sering menyokong diri..dengan di tambah dengan bisikan dari Ilahi yang sering kita ungkapkan..dengari.. dari bacaan ma'thurat, "LA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA" -Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan kesanggupannya...yes..Farhana Wayni seorang yang kuat..sebab tu Allah memberi bermacam ujian untuk menghadapi apa jua rintangan..tapi...sekuat mana diri seseorang hamba itu??aku juga insan biasa...ada jiwa yang mudah luntur dengan secebis kekecewaan..kesedihan..seriously,.betul orang kata..jiwa seorang anak tidak mungkin akan sekuat itu tanpa doa dan hati dari ibu bapa..bersyukurlah kamu...sekurang2nya kamu ada ayah untuk didikan...ada ibu untuk mengadu..ada suami untuk berkongsi..dan aku...hanya lebih suka mendiamkan diri dan membisu kerana luah bicara..Allah lebih mengetahuinya..dan curahan kata lebih kepada pandangan lakaran untuk berkata kerana aku tanpa ibu bapa..dan adik beradik yang ada dekat denganku..bukan semua benda aku mampu luahkan dengan percakapan..

walau bagaimanapun..aku bersyukur Allah memberi peluang untuk aku hidup dan menimba pengalaman di tengah-tengah bandar dan di sebuah perbadanan yang cukup besar bagiku..ini kerana..sebelum ini..aku hanya berpengalaman bekerja di tempat yang kecil..menghadap anak-anak comel yang tidak tahu cerita dunia sebenar..jadi pemikiran dan kematanganku dalam menghadapi sesuatu agak terhad..mungkin kerana itu,aku mengambil masa untuk berkenalan dan mesra dengan orang dewasa kerana ketakutan untuk aku berhadapan dengan orang lain..

maaf...aku hanya insan biasa...maaf juga atas keterlanjuran yang telah di lakukan...serius..tidak bermaksud hati ini untuk melukakan atau mengecewakan tetapi ada alasan dan muhasabab tertentu membuatkan aku belajar untuk move on kepada sesuatu dunia baru..terima kasih atas tunjuk ajar dan semangat yang di berikan  semuanya..

SHORT NOTE: kadangkala...bukan untuk aku diam membisu dan pergi tanpa memberitahu..cuma inilah caraku..aku lebih selesa kehadiran aku tanpa di sedari kamu..namun, dalam sepi itu..ada doaku yang sentiasa mengiringimu..sungguh...betapa aku hargai hubungan ukhwah antara aku dan kamu..

Comments