NAMA CERMINANMU

Lama tidak menulis...hanya gambar menjadi tinggalan terakhir di blog ni...isu yang bakal di bangkitkan..bukanlah isu yang baru..cuma kita perlu mengingati dan sedar akan pembawaan nama kita seiring dengan sikap kita sebaiknya..barulah nama cerminan diri..

Perkara ini di bangkitkan atas sebab utama adalah baru2 ini aku membeli jubah di bisnes online..bagi aku..untuk membeli sesuatu barang online kriteria di perlukan adalah kepercayaan page@ peniaga tersebut,testimoni, kualiti dan harga..

Tetapi siapa sangka...kita kena betul2 pastikan page tu benar2 amanah @ tidak dengan perniagaan yang di jalankan..
Bukan untuk ku aibkan..cuma aku berharap para peniaga jujur dengan setiap perniagaan yang di jalankan..jangan meletak nama page yang islamik seandainya anda tidak menjalankan mengikut nama page itu..

Usah salahkan pelanggan kerana pelanggan ada hak untuk bertanyakan barang mereka.lagi2 bila pelanggan telah membayar barang tersebut..pada masa yang sama..bila anda berniaga dan menjanjikan waktu tu...silalah amanah dalam menjalankan tugas..
Ini tidak...bila ku meseg..barulah teringat akan post tersebut dan mula menjanjikan untuk menghantar esoknya..namun..bila ku tunggu..masih tak kunjung tiba..meseg lagi cakap ada urusan yang tak dapat elakkan..Allah..ukhti..akhi..seandainya kalian tidak dapat menghantar pada tarikh yang di janjikan..silalah inform pada pelanggan..dan kali terakhir meseg..barulah mula nak menghantar..itupun setelah ku ugut untuk membuat laporan polis..barulah pukul 2,3 pagi meseg inginkan alamat penuhku...

Setelah 2 hari..jubahku sampai...namun perasaanku meleset..banyak yang lari dari sepatutnya yang aku lihat...astaghfirullah...sabarlah wahai hati..bukan untukku mengungkit cuma aku memang impikan jubah tersebut sudah lama walaupun harganya sedikit mahal..kerana aku percayalah..aku membeli namun lain pula yang jadi..semoga peniaga di luar sana amanah dan jujur dengan jualan kamu..

SHORT NOTE: baru2 ni ada kes yang mana gambar orang lain di ambil dan di letakkan di fb nya..berhati2lah wanita yang berniqob terutamanya..kerana wajah anda di tutupi..dan orang lain tidak mengenalimu..maka dengan mudahnya si pencuri gambar mengambil gambarmu dan di jadikan gambarnya...

Comments