NILAI SEORANG GURU

buka FB..keluar post mengenai junior ku sewaktu sekolah menengah dulu yang sama2 menjadi wakil dalam pertandingan khat hingga ke peringkat negeri, Alif Nasir...bangga dengan pencapaiannya yang menjangkau dengan apa yang dia  impikan.alhamdulillah..sekarang dia telah mencapai impiannya dengan terlalu baik sehingga masuk di rancangan nasi lemak kopi O.

perwatakannya yang dahulunya cukup pendiam sehinggakan aku rasa awkward untuk sama2 membuat latihan di dalam bilik guru..kini dia jauh lebih berjaya dariku...ingin rasanya ku menemui ustaz yazid,ustaz yang memimpin kami dalam penulisan kaligrafi ini untuk berkongsi rasa dan setinggi penghargaan dalam mendidik walaupun aku tidaklah begitu berjaya dalam bidang khat ni namun aku masih terus memperjuangkan design aku sambil menyelitkan kesenian islam ini...

teringat dahulu ustaz yazid pernah berkata,

"apa ni farhana...huruf alif awak ni senget..."
"Tengok...dah comot2 ni..."

dan paling tidak ku lupa...

"jangan pentingkan design...tetapi pentingkan kaedah..."

tapi maaf ustaz...saya lebih tergerak ke arah design berbanding kaedah...kalau ustaz nampak khat saya sekarang..mesti ustaz rasa sedih...tapi maaf..

walau apapun..terima kasih ustaz mengajar saya selama 5 tahun di SAMTK tentang satu bidang yang saya minati..insyaallah..jika Allah izinkan...terniat di hati untuk engikuti jejak Alif.. ^___^


Comments