SHAWL VS TUDUNG LABUH

perasaan itu berbeza....yang mana kamu di hormati atau kamu di pandangi..satu perasaan yang membuatkan kamu boleh menilai diri sendiri dan juga orang lain..

perjalananku pergi dan balik dari kampung kali ini hanyalah dengan menaiki motorsikal bersama kakakku..perjalanan yang mengambil masa 1 jam setengah membuatkan aku cukuplah berpakaian yang selesa dan sesuai di atas motor..(berseluar dan memakai shawl @ pashmina bidang besar dan berat bagi mengelakkan tudung itu berterbangan di tengah jalan..) bukan tidak mahu menggunakan kain atau tudung labuh...cume maaf...sebulan yang lepas..aku pernah mengalami kemalangan kerana kainku tersangkut di jejari tayar motor dan hal itu yang membuatkan aku fobia menaiki motor dalam perjalanan yang jauh dengan memakai kain..

isu yang ingin ku ceritakan..bukanlah sebesar mana..namun..ianya memberikan kesan yang cukup mendalam bagiku..adakah pemakaian yang ku pakai ketika itu cukup menghinakan?? hari ini...aku terserempak dengan salah seorang sahabat usrahku dahulu..dulu dengan mudahnya dia menunjukkan wajah mesra dan menegur ku bila terjumpa...namun...pagi tadi..hilangnya kemesraan itu..sungguh aku rindu ukhwah seperti dulu..namun..mungkin aku juga salah..kerana sebelum ini juga aku pernah menggunakan tudung biasa (tetapi tak silap aku ianya masih labuh..namun..semenjak dari situ..dia tidak menegurku..) tak tahula..penilaian setiap dari kita adalah berbeza...semoga ada lagi ukhwah antara kita bertaut kembali...

SHORT NOTE: bertudung labuh bukanlah menunjukkan betapa alimnya aku...bershawl pula bukanlah menunjukkan betapa hinanya aku...aku juga manusia biasa..yang mempunyai keinginan namun aku juga masih tahu membatasinya..

BERHARAP JANGAN MENILAI DARI LUARAN.....

Comments