TERUJA DENGAN DIA

"you know...i  tak sangka..i dapat masuk skill kaligrafi ni..i tak pandai tulis pun khat2 ni..sebab i tau tangan i bukan berseni macam u alls..but..i'm so excited bila dapat masuk skill ni.."- huda...orang pertama yang aku kenali untuk kelas khatku..pemakaian dan percakapan kelihatan orang bandar dan berstyle tapi siapa sangka..dengan pertemuanku dengannya membuatkan aku menyanjungi orang sebegitu kerana dia masih menghargai nilai2 dan kesenian islam ni yang jarang benar untuk di minati...

kelas khat pertama ni..tidaklah berjalan sepenuhnya dengan lancar...tetapi cukuplah aku dengan terkapai2 berseorangan bertemu dengan sahabat2 yang baru yang tidak ku sangka yang mempunyai "minat gila" seperti aku..dan paling utama...majoriti yang sertai bukanlah yang bertudung labuh..berkopiah dan berjubah...rata2 semuanya orang yang berstyle dan kita lihat ada gaya...tahniah sebab kita berkongsi minat yang sama..:)

dan tidak ku sangka, sahabat lamaku dulu yang berjuang sama2 dalam kos ku juga mengambil skill yang sama...zulhelmi,lelaki yang sama2 dulu meminati kesenian khat dan pernah dulu ku paksa untuk menolong membuatkan khat untuk projek yang dulu..hahah..sekarang..dia sudah bertukar ke bidang architecture..satu bidang yang dia minati..(takpela..semoga kelas seterusnya..kita dapat berkolaborasi dengan baik dalam kesenian khat ni..)

lagi satu..kenapa aku masih tetap nak masuk kelas khat ni yang aku tahu akan di ajar semula khat nasakh adalah..semester ni insyaallah aku akan meneruskan pencarian / research bagi beberapa assignmentku..antaranya dalam subjek:

  1. RESEARCH METHODOLOGY : Qur'an manuscript (the beauty of early arabic calligraphy)
  2. ENGLISH FOR ACADEMIC : The holy Qur'an digitization : challenges and concern
  3. insyaallah for topic thesis : Decoration and style of Qur'an
(kamu belajar dalam bidang agama..yang sudah pasti ilmu yang kamu pelajari adalah untuk dunia dan akhirat..dan apa yang aku mampu lakukan adalah membawa agamaku dalam bidang yang aku pelajari...supaya aku tidak leka dengan dunia yang penuh dengan kemodenan..)

mungkin aku tidak mampu untuk menjadi seperti juniorku sewaktu sekolah menengah dulu...sama2 berjuang dalam pertandingan kaligrafi sehingga peringkat negeri..namun..akhirnya kini dia telah menjadi salah seorang presiden dalam sebuah persatuan kaligrafi..alhamdulillah..mungkin rezekimu di situ...namun..insyaallah jika Allah mengizinkan..aku ingin menjadi seorang conseverter of arabic calligraphy..kerana itu minatku dari dulu lagi..doakan ye wahai sahabat sekalian...syukran...^______^

Comments