KENDURI ARWAH

Alhamdulillah...semalam telah berlangsungnya majlis kenduri tahlil untuk arwah mak dengan bapak..walaupun keadaan rumah yang masih belum siap sepenuhnya..tetapi syukur kerana majlis dapat di jalankan dengan keadaan yang baik..dan terharu..semua adik beradikku pulang ke rumah kecuali seorang kakakku yang berada di negeri sembilan tak dapat balik di sebabkan keadaan kesihatan dia dan anak-anaknya..

terfikir...sudah 8 tahun arwah bapak meninggalkan kami..manakala..mak..sudah 2 tahun telah kembali kepadaNya..jauh di sudut hati..memang aku merasai kesunyian itu tanpa mereka..hati anak mana yang tidak akan merasa hiba tanpa kedua di sisi..semangat untuk balik ke kampung semakin hari semakin tidak bersemangat seperti dahulu..senyum tawa mak..perhatian dari seorang ayah yang makin menghilang..

namun, alhamdulillah..semalam aku telah di bawa satu memori yang indah walaupun hanya sekejap sahaja...sewaktu aku menghantar makanan "nasi ambeng" kepada saudara mara dan keluarga si dia..aku di sambut dengan sesuatu yang bermakna...sama seperti arwah mak ku sering lakukan dahulu..maknya menungguku di ruang pintu di tambah dengan senyuman yang mesra menyambutku...Allah...hati aku sayu dan terharu...aku rindu akan keadaan itu kembali..sungguh..Allah memberikan aku satu perasaan yang lama aku impikan..syukur kepadaMu, Allah...dan terima kasih mak.. :)

SHORT NOTE:

"nanti..bolehlah tolong jaga mak dan temankan mak.."

-insyaallah...dan itu yang aku harapkan...sekurang2nya..aku masih dapat berbakti terhadap orang yang bergelar ibu..

Comments