28 JANUARI 2014

Bismillahirrohmanirrohim....alhamdulillah...penantian untuk 2 bulan ni untuk menanti keputusan peperiksaan semester 1 telah pun di perolehi..walaupun semester kali ni bukan rezekiku untuk memperolehi dean list lagi..namun jauh dari sudut hatiku ini...aku bersyukur kerana GPA meningkat kembali dan hampir meningkatkan CGPA aku ke arahnya..dan insyaallah akan ku tingkatkan usaha untuk semester kedua yang hanya tinggal beberapa hari melangkah..

dan alhamdulillah...tarikh pada 28 januari ini juga adalah tarikh lahir untuk mr. x-ray..walaupun dengan kesibukan diri yang melanda di studio untuk membuat persiapan exhibition kemboja yang hanya tinggal seminggu sahaja..di tambah dengan dirinya yang bertugas di hospital dengan tanggungjawab terhadap orang lain..namun...ianya tidak menghalang untuk diriku mengucapkan selamat hari lahir..semoga Allah terus memberkatimu dan memberikanmu semangat untuk berbakti kepada orang lain dengan lebih banyak lagi..

dalam debaran...semester kedua yang penuh cabaran..tetapi itu yang melatihku untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan.. :)

SHORT NOTE:



ada orang bertanya..kenapa aku memilihnya?? dia bukanlah yang berkopiah..yang berjubah..(kita menilai seseorang bukan pada rupa..tetapi pada hatinya..) namun..ini jawapanku untuk persoalan itu..

"kadangkala...kita sebagai manusia..sentiasa mengimpikan orang yang alim..baik sebagai pasangan dan jodoh kita..tetapi jodoh yang baik sebenarnya adalah orang yang kita lihat mampu memimpin kita sebagai imam dalam mengetuai bahtera keluarga...ayah untuk anak2 yang bakal di lahirkan sebagai pejuang agama dan mampu berbakti kepada sekelilingnya..kawan untuk berkongsi suka dan duka..musuh untuk gaduh2 seketika dan paling utama..mampu menjadi suami dan pasangan yang memberikan kasih sayang..perhatian..dan didikan sepenuhnya.."





Comments