HARGA SEORANG WANITA

nilai diri seorang wanita bukannya untuk di pijak dan di perlekehkan..tetapi ianya perlu di hormati...sekalipun wanita itu bukan sempurna dihadapanmu..namun,usah di hancurkan tetapi di beri didikan...

hari ini...ada dua perkara yang terjadi kepadaku sewaktu menemani sahabatku ke Low Yat...perjalananku dari LRT Gombak ke KL Sentral tidak sedikitpun terganggu...cuma apabila berada di KL Monorel agak membuatku hilang kesabaran namun mampu ku tahan...oleh kerana kepadatan yang ada di dalam train..kami terpaksa teresak-esak di dalamnya...namun dalam kesempatan yang tinggal untuk menanti 1 stesen ke stesen Imbi..ada tangan yang menjalar di tepiku...rasa ingin sekali menyepak kaki ni kepadanya...namun,Alhamdulillah...sempat sampai di stesen yang di tuju....geram!terlalu geram!begitu rendahnya nilai wanita bagi sesetengah pihak ni..mengambil peluang tanpa mengira siapa juga perempuan itu...bagi mereka..perempuan bertudung labuh atau tidak...semuanya mudah untuk di ambil kesempatan..sebaik dengan adanya pertolongan Allah ianya tidak berlarutan..

pulang dari Low Yat..membuatkan kami menyinggah sebentar di Times Square...dan di situlah membuatkan aku teringat satu hal ketika dahulu...seorang sahabatku dahulu ku pernah berkata,"seganlah nak jalan dengan ko,ana kat sini...sebab ko pakai tudung labuh..lain kali pakai baju biasa dah la.."dulu..aku tidak ambil pusing apa yang beliau katakan...namun,aku kini merasakan...aku bersyukur dengan apa yang aku pakai pada hari ini...mungkin aku di pandang kolot oleh sesetengah orang apabila berada di tempat yang kononnya,"BANDAR"..tetapi dengan pakaian inilah yang membuatkan aku menjadi hormat dengan diri sendiri...takut untuk mengulangi diri ku yang dahulu...yang jahil dan terlalu mengikut aliran fesyen yang berlebih-lebihan..dan paling penting...pakaian ini jugalah mudah untuk aku melaksanakan ibadah...tidak perlu beresak mencari telekung di dalam kekalutan ramai di Times Square..sungguh..yang menutup itu mudah dan indah..

Alhamdulillah..perjalanan di dalam monorel..Allah permudahkan sangat..sewaktu di kelilingi dengan para adam..seorang lelaki india memberikan tempat duduknya kepadaku dan sahabatku...mungkin dia memahami ketidakselesaan kami berdiri di ramai2 sebegitu...Allah...semoga permudahkan urusan beliau pada hari ini...

SHORT NOTE :kadangkala...hati ini berbisik...kita yang beragama Islam hanya pada nama..namun..nilai dan syariat Islam sukar untuk kita praktiskan..dan kadangkala...orang yang bukan beragama Islam lebih banyak mencontohkan ciri2 yang di ajarkan di dalam Al-Qur'an...maaf...bukan untuk ku mengatakan diriku sempurna...cuma ianya juga adalah peringatan untuk diriku yang terlalu jahil dengan ilmu agama..

SEMOGA HAL INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA..

Comments