BERUBAH SEGALANYA

Alhamdulillah...cuti semester yang di lalui telah pun berakhir...seharusnya hingga ke hari Ahad tetapi disebabkan tugasan kerja yang banyak...aku pulang ke UIA pada hari ini...

sambutan Aidiladha kali ini adalah sambutan yang paling cukup hambar..bayangkan pada awal pagi aku bangun dan masak yang banyak dan agak istimewa berbanding hari lain semata2 untuk menaikkan semangat Aidiladha itu...ku harapkan adik beradik ku semua akan pulang tetapi ternyata fikiranku meleset..hanya kami sahaja yang bujang berada di rumah..ada adik beradik yang dah kahwin balik tetapi cuma sebentar dan tidak sedikitpun menjamah masakan di rumah itu..teringat arwah mak seandainya masih ada..makanan yang di masak apabila tidak di sentuh..pasti air mata akan mengiringi mata jernihnya..sungguh...aku rindukan seperti dahulu..

dan cuti yang tidak seberapa ini..banyak perkara yang terjadi...yang mana..aku berfikir..ada hikmahnya mengapa Allah ambil ibuku seawal ini..ini di sebabkan barulah aku dapat kenali siapa saudaraku yang sebenar..siapa yang hanya berpura-pura dengan keluarga kami..yang ambik kesempatan terhadap kami...Allah...satu ujian hebat yang datang terhadap kami adik beradik...namun...bagiku mudah...buatlah apa yang kamu mahu...buatlah apa yang kamu ingin lakukan...cuma ingat...kubur masing2...dan ingatlah kamu sedang menganiaya dan menzalimi kami...Allah akan membalas setiap perbuatan kita walaupun sehalusnya....

kesihatan diri yang seminggu masih tidak memuaskan...demam melanda...selsema yang menyelubungi..batuk yang tidak berkurangan dan migrain yang selalu hadir menimbulkan ketidakselesaan..sungguh..sakit itu adalah kifarah untuk menghapuskan dosa2 kecil...



SHORT NOTE : aku ingin ubah segalanya walaupun aku tahu aku tidak mampu...

Comments