PENGALAMAN DI KEMBOJA

alhamdulillah...kalau diikutkan jadual yang sebenar..hari sabtu yang lepas lagi aku telah kembali di Malaysia..uhm...rasa kerinduan terhadap di negara sendiri meluap2..kerana Malaysia adalah salah satu negara yang bagi aku cukup baik walaupun kadangkala ada juga isunya..(tidak mahu menimbulkan apa2 isu yang menyentuh mana2 pihak...:)

negara kemboja...satu negara yang pada mata kasar kita adalah satu negara yang seperti Malaysia..Namun..bila kita menghampirinya...sayu hati ini..kemiskinan yang melanda pada rakyatnya..bayangkan..bertebaran anak2 kecil bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi...ada yang sanggup bersujud di hadapan kita hanya untuk mendapatkan sehelai wang kertas untuk makan minum keluarga mereka..

perkara yang membuatkan aku bertambah semakin sayu..anak2 muslim di kemboja merupakan anak2 yang mesra walaupun mereka serba kekurangan..senyuman di wajahnya..gelak tawa..membuatkan aku juga gembira walaupun kami tidak mampu berkomunikasi kerana berlainan bahasa..sungguh..hati ini kini rindukan pelukan para si kecil itu di kelilingku... :)

perantauan selama 9 hari..membuatkan aku mengalami banyak pengalaman:

  1. waktu kemboja lebih lambat 1 jam lebih berbanding malaysia..(kalau sekarang pukul 11.30 di malaysia..di sana masih pukul 10.20malam)
  2. waktu solat awal..(subuh dalam pukul 4.40 pagi..waktu syuruk dalam pukul 5.45 pagi..bayangkan bangun subuh tu...huhu)
  3. belajar cara membuat kain songket..seramik..
  4. dapat menunggang basikal berdua bersama juniorku,hamizah di Siem Riep -pusing2 mengelilingi keadaan di siem rip..
  5. makan makanan kemboja...
  6. betapa kedekutnya untuk mengeluarkan 1 dollar di sana (bayangkan 1 dollar bersamaan rm3.40..teringat masa di airport Pnom Penh..haus sudah di rasai..niat di hati untuk melamar cik air mineral..bila di tanya..2 dollar untuk 1 botol kecik.... "____"
  7. beljar sejarah kemerdekaan kemboja (kejamnya pemerintahan pol-pot..untuk mengetahui lebih lanjut..bolehlah membaca sejarah cheung ek killing field..)
  8. anak2 kemboja mesra.. :) dan layanan orang muslim di sana terhadap kami begitu di alukan.
  9. saat kami berhenti di salah satu perkampungan muslim di sana..salah seorang pak cik dalam keadaan nazak..mengalami sakit kanser paru2 dan merupakan peringkat akhir..(terfikir arwah ayah dulu bila melihat beliau)
  10. membeli belah tetapi pada masa yang sama boleh tawar menawar..hee..
  11. suhu di sana jauh lebih panas dari malaysia walaupun keadaan baru selepas hujan..
  12. budak2 kecil yang berniaga  jauh lebih pandai untuk bercakap berbanding aku...huhu
  13. mereka terlalu mengagungkan agama mereka..tuhan mereka..kerana dalam design mereka juga..mereka perlu menitik beratkan penjagaan terhadapt patung2 tuhan mereka..
  14. pahit manis bersama rakan2 studio...:)
  15. islam rata2 hanya 25% sahaja di sana..
  16. dapat beli untuk sendiri cuma baju songket..yang lain2 untuk adik bradik saya..(kena lebihkan mereka sebab saya sayang mereka... <3 li="">
  17. menjadikan setiap hari sentiasa bermuhasabah dan menghargai apa yang di lalui dengan sebaiknya... :)
SHORT NOTE:sebenarnya banyak lagi..tetapi tidak berkemampuan untuk menceritakan semua..inilah pengalamn sedikit daripadaku ke negara luar....maaf untuk sesiapa yang terasa denganku sewaktu aku di sana..bukan niat untuk menyinggung...tetapi untuk aku menjaga hati aku dan orang lain...

*maaf...gambar insyaallah akan datang akan di post..

Comments