KOMEN SAYA

Banyak hal yang telah ku lihat dan ku lalui..antaranya:

1-berhadapan dengan encik MLM (Multi Level Marketing):
-->bagi aku..ada yang betul dan ada yang tidak boleh di percayai..tetapi bagi cik farhana bt.wayni ni sedikitpun tidak berminat dengan encik MLM..saya minta maaf sangat2..kalau anda rasa anda nak sertai..persilakan...tetapi maaf..jangan menarik saya sekali...

(sebabnya..dulu aku pernah kena tipu dengan seorang sahabat aku..waktu tu..aku sibuk dengan projek..tetapi memandangkan sahabat aku seorang ni lama kami tak jumpa dan dia menghantar meseg bertalu2 yang menunjukkan dia ingin bertemu dengan aku sangat2..jadi..aku terpaksa meluangkan sedikit masa untuknya..tidak ku sangka...bila sampai di sana untuk menemuinya...aku di tarik untuk menyertai MLM tersebut..dan di situ membuatkan aku rasa....grrrr...

2-isu Asyraf Muslim berpoligami:
-->tidak salah untuk berpoligami kerana dalam Islam sendiri membenarkan lelaki untuk berkahwin lebih daripada satu..tetapi yang salahnya..kenapa perlu berkahwin lari untuk menjaga hati sesetengah pihak??hmm..semoga lepas ni Asyraf Muslim dapat menjelaskan hal yang sebenar..lagi2 bulan Ramadhan ni..banyak pula nanti wujudnya fitnah pada bulan mulia ni..

(bakal encik zaujku yang tidak ku ketahui...aku bukanlah wanita yang terlalu sempurna...dan juga berhati yang terlalu mulia...izinkan ku mengatakan..aku tidak sanggup untuk bermadu...kerana aku tahu aku seorang yang cemburu..yang aku perlukan kamu sebagai suami,ayah,abang,sahabat,imam dan ketua dalam kehidupanku..izinkan hanya aku menjadi isterimu..kalau aku kurang di matamu..bincanglah dahulu bersamaku..seandainya aku masih tidak memenuhi apa yang Islam mensyariatkan aku sebagai isterimu..ketika itulah..minta izinku dengan sebaiknya untuk memadukanku..)

SHORT NOTE: ini hanyalah komen @ pandanganku..pandangan antum semua macam mana??tepuk dada tanya iman di hati...

Comments