SURI RUMAH

perlu ke aku rasa cemburu??bukan ke setiap dari kita..waktunya akan datang dengan waktu yang berbeza??jangan tergopoh2 dalam mencarinya...ia akan hadir bila waktu yang sesuai...



alhamdulillah...ramai dalam kalangan sahabat2ku yang bakal mengikat tali pertunangan dan tidak kurang juga yang bakal melangsungkan perkahwinan..barakallahu fikum...semoga Allah memberkati hubungan kalian ke arah hubungan yang Allah redhai..

ketawa sendiri diriku...cemburu rasanya hati ini kerana jodoh mereka sudah tiba..haha..takpelah...waktu aku juga akan tiba pada masa hadapankan??cuma kena sentiasa bersabar dan memperbaiki diri sementara ada waktu "membujang" ni... :)

tambahan pula..jodoh ni kita mencarinya bukan untuk tempoh seketika..tetapi hingga ke hujung nyawa kita sebolehnya..jadi..bukan juga aku terlalu memilih..cuma setiap dari kita ada mengimpikan pasangan yang kita idamkan..begitu juga aku...aku tidaklah mengimpikan kemewahan dan harta yang berlebihan..cuma bagiku..sefikrah itu juga perlu dalam mencari pasangan... :)

SHORT NOTE: 

"kalau boleh..saya nak bakal isteri saya nanti bila dah kahwin..kena jadi suri rumah tangga sepenuh masa..jaga anak2..."

kerana inilah dulu..aku menolak lamaran sesetengah pihak..maaf..aku bukanlah perempuan itu...aku nak bekerja untuk membalas jasa adik beradikku yang telah banyak mengeluarkan sumber kewangan sepanjang aku belajar ni...nak bayar balik pinjaman lagi...lagi pula..aku bukanlah keluarga yang senang..jadi memang salah satu impian ku juga untuk mengubah nasib keluargaku..

bukan keinginanku tidak mahu untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa..tetapi izinkan aku membalas jasa orang2 yang telah membantu kehidupanku sepanjang aku belajar ini..sekurang2nya..aku dapat memberikan sedikit bakti kepada mereka..

terfikir..teringat kakakku seorang ni..dia mampu bekerja..sambil menyambung pelajaran secara PJJ..Di tambah lagi dengan pelbagai ragam 5 orang anak-anak yang masih kecik lagi dan menetap di rumah mertuanya..tetapi tetap menjalankan tanggungjawab seorang isteri,menantu dan ibu yang baik..solute! :)



Comments