SAYA TAK NAK TAPI...

seminggu masa berlalu dengan aku menghabiskan waktu di UIA ni..bukan aku tak nak balik ke rumah tetapi it's truly yang aku akan duduk dalam rumah sahaja berseorangan..kakak2ku siang semua akan bekerja..nak jumpa sahabat handai pun..terfikir..siapa yang cuti lagi..masing2 tengah menghadapi peperiksaan akhir..tulus ku katakan....aku lebih suka menghadapi pelbagai projek daripada bercuti..

mungkin bagi orang lain..SERONOKNYA CUTI NI...sebab kepulangan dapat melihat muka ayah..muka ibu...BESTNYA.....

maaf..aku memang tak nak ada perasaan ni...tetapi..aku benar2 cemburu...Allah...
baru sebentar tadi..salah seorang sahabat menelefonku..

"ana...ibu nanti nak buat lempeng.."
"iye ke..lama sangat tak dapat makan..last makan masa arwah mak ada...semalam pun dapat makan sayur pucuk ubi.."
"iye ke..aritu ibu masak sayur lemak pucuk ubi dengan ikan kembung..sedap..."
dan aku terus mematikan telefon..

maaf..aku tidak mampu menampung apa yang aku rasa sekarang...aku tidak mampu untuk membalas jawapan yang terbaik kepadanya..maaf sahabat..ingin aku mengawal..tapi aku tidak mampu..

teringat dulu arwah mak bila aku balik..mk mesti akan selalu masakkan sayur pucuk ubi @ sayur pakis masak lemak..ikan kembung..dan paling suka..sambal belacan yang mak buat..sebab lain daripada yang lain..dan aku juga ingat waktu2 terakhir mak masak adalah sayur pakis masak lemak..bagaimanalah aku tidak menangis bila kawan aku bercerita sebentar tadi..??

maaf sahabat..bukan aku terlalu kejam untuk terus mematikan..cuma aku tidak mahu membuatkan kamu menjadi serba salah..

SHORT NOTE: Allah..kuatkanlah terus hati hamba ini...

Comments

Post a Comment