SAYA MEMANG BERTUDUNG LABUH TAPI...

cuti seminggu berada di kampung memberikan sedikit masa untuk aku berehat dan menghargai setiap waktu yang berkesempatan dengan tidur (haha..teruknya saya..sebab nanti kat uia dah tak berpeluang..berhadapan dengan projek kembali)dan kesempatan cuti ini..sempatlah juga aku pergi kenduri arwah rumah mak cikku di sawah sempadan..(suka sebab kalau kat sawah ni..angin dia kuat..huhu)dan lagi..waktu itu jugalah..sepupu2ku betanyakan beberapa hal kepadaku..

"bila habis belajar?"
"seronok belajar kat uia?"
"dah ada mata air belum?"
"bila nak kahwin ni?"

kriikkk..krikkk..krikkk..tak nak jawab...sebab tak nak fikir..tahu yang semua tu lambat lagi untuk aku hadapi..jadi..shhhhh.... :)

tetapi sebenarnya entry di atas bukan perkara yang aku ingin ceritakan...sebab aku mahu bercakap tentang diriku..benar ku akui memang aku bertudung labuh..tetapi..aku bukanlah sesempurna apa yang kamu2 fikirkan..nak ingat 40 hadis pun..terkiyal-kiyal..inikan pula untuk mengingati 1 Al-qur'an...

maaf..ana bukan hafizah..ana bukan ustazah...ana cuma hamba Allah yang cuba untuk memperbaiki diri sendiri..malah..mungkin ana juga sebenarnya lebih jahil dari antum semua..

teringat..bila tengok adik2 yang kat luar sana yang bersifat "kelakian"..rasa malu kepada diriku dahulu..iye..aku akui..dulu aku agak "tomboy"..mesti ramai yang tak percayakan...dulu..kalau tangan tiada tali yang berserabut membaluti..topi atau cap atas kepala tu...suka duduk atas batu depan rumah dengan kasarnya..rasanya tak sahlah saya ni..(dalam rumahlah..kalau kat luar rumah...uhm...gamaknya memang kena marahlah dengan mak..huhu..tapi berani una yang tali serabut kat tangan ala2 gothic style..-->terfikir..hmm..teruknya..) sebab tu kadangkala sikap aku sekarang terrrrrlajak seperti dahulu..kasar2 manja..huhu..takut juga rasanya kembali seperti dulu..tetapi insyaallah..akan ku pertahankan apa yang aku guna sekarang ni...

cuma aku berharap...jangan kamu memandang orang lain yang bertudung labuh semua sama sepertiku..setiap dari kita adalah berbeza...namun..apa yang ingin ku katakan..selagi kita hidup...selagi itulah kita mempunyai masa untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..dan juga begitu kamu juga...kamu dan aku bukannnya terlalu baik...tetapi kita masih ada kesempatan untuk mencapai diri ke arah kebaikan..hidayah Allah bukan untuk di nanti..tetapi perlu di cari..

SHORT NOTE: dulu..rasa terpaksa sangat guna tudung labuh ni..sebab sekolah dan ada hati kat seorang hamba ni..sekarang..Alhamdulillah..bukan atas sebab apa2..sebab rasa kerana Allah Ta'ala..sebab tudung labuh ini jugalah...aku tak datang lambat pi kelas...tak payah nak mencari telekung bersih di surau..dan paling utama..tak payah nak menghadap depan cermin 24 jam..haha...paling utama..kerana tudung labuh ni jugalah..aku menjaga diri aku..dan orang lain menghormati aku sebagai seorang wanita.. ::)

*
zaman masa di matrik..rindu dengan ustaz ni..selalu panggil aku,farhana sahaja..

Comments