BLOG IS MY HOUSE

Bila kita mempunyai rumah sendiri..apa yang kita nak dalam rumah kita??mesti semua antara kita ni menginginkan rumah yang besar..cantik..kalau tak besar pun..paling kurang sederhana tetapi di lengkapi dengan pengisian di dalam rumah tersebut..

macam tu lah blog ni aku ingin jadikan..blog aku adalah salah satu rumah untukku..aku mengimpikan sebuah rumah yang cantik..ahli keluargaku ada di dalam rumah tersebut..saling berkongsi cerita suka dan duka..tetapi tetap ada pengisian agama..ada hiburan..ada cinta..

kerana itulah...aku suka menghiasi blog aku..(maaf untuk sesiapa yang merasai rimas dengan blog aku ni...) :-

 1-BILA ALLAH MELAFAZKAN CINTANYA PADAKU : berkonsepkan CINTA ALLAH (aturan Allah untuk kehidupanku) sebagai landasan utama bagi rumahku supaya setiap apa yang berlaku..sentiasa yakin dengan Allah.

2-GAMBAR SENDIRI BERPURDAH : itu adalah salah satu impian terbesarku..untuk berpudah dan beristiqomah..biar semakin setiap hari aku melihatnya..semakin itulah keinginanku menebal..

3-GAMBAR SETIAP AHLI KELUARGA DAN SAHABAT : walaupun mak ayah aku sudah tiada...adik beradikku masing2 duduk berjauhan..sahabat2 yang merata tempat..tetapi dalam rumahku di sini...aku seperti merasai yang kami berkumpul ramai2..dan membuatkan aku sedar yang aku sentiasa ada keluarga yang besar...paling utama...membuatkan aku sentiasa rasa bahagia dan tidak keseorangan..

4-NAMA ALLAH,WAKTU DAN WAKTU SOLAT :mengingatkan aku kepada Allah..supaya dalam apa yang kita lakukan..sentiasa berwaspada dengan waktu..dan kembali kepada Allah dalam melakukan fitrah yang sepatutnya sebagai manusia.

5-FACEBOOK -sebagai salah satu cara untuk aku berhubung dengan orang luar..berkongsi cerita dan ilmu..saling bertukar pendapat..

6-UKHWAH FILLAH @ SYKRAN JAZILAN @ FOLLOWERS : kamulah tetamu bagi rumahku..dengan kehadiranmu..menambah keberkatan bagi rumahku..ketidakhadiranmu juga tidak salah sebab itu adalah hak individu..aku tidak memaksa..tetapi kehadiran kamu semua menambah seri bagi rumahku..:)

7-PLAYLIST : inilah hiburanku..lagu kegemaranku..(dengarlah semua lagu2 ni...:) apepun minat kita terhadap lagu atau muzik..minatlah asalkan tidak merosakkan akidah dan iman kita...malah..jangan sampai ia melalaikan dan membawa kita ke arah kemaksiatan..semoga daripada apa yang kita dengar..kita dapat memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik..

SHORT NOTE:  kerana itulah..aku suka luangkan diri dengan blog..sebab ini adalah rumahku..

Comments