UNTUK KITA SEBENARNYA

entry kali ni..bukan untukku menyalahkan sesiapa kerana aku juga merasai tempiasnya kerana aku juga terdiri dari golongan mereka..cuma aku berharap perkara ni sebagai panduan untuk kita bersama..aku juga bukan sempurna..aku juga seperti kamu..ambillah ianya sebagai peringatan untuk kita terutama dalam memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik...

"ko tengok perempuan tu..dah cantik dah pakai tudung labuh..tapi sayang..orang kasi salam dengan senyum pun dia tak balas..."

-->inilah contoh bait2 perkataan yang aku dengari..mungkin ketika itu perempuan itu dalam keadaan "bad mood"..sebab itulah dia tidak mampu untuk memberi reaksi muka yang baik...namun..bila aku sendiri juga perasan..sudah banyak kali aku berselisih dengannya tapi reaksi dia tetap sama seperti hari tu..berfikir juga aku..apalah salahnya menjawab salam walaupun diri dalam keadaan yang kurang baik??tak salah...wajib hukumnya menjawab salam orang walaupun dengan orang yang kita tidak kenali..namun,yang paling agak mengecewakan aku...kenapa rasanya sukar sangat untuk mengukir sebuah senyuman terhadap orang lain...??beratkah sebuah senyuman itu??

maaf ku katakan..mungkin setiap orang itu berbeza..tetapi pernah tak kita sedar daripada sebuah senyuman kita..kita telah membahagiakan hati orang lain..aku cukup senang dengan salah seorang sahabatku yang telah berhijrah ke arah pemakaian purdah..kuatnya hati dia untuk memakainya tanpa memikirkan apa2..walaupun di sebalik pemakaian purdah tersebut...masih kelihatan garis2 halus senyuman di matanya..masih ramah seperti dahulu walaupun kami bukannya begitu rapat..

namun..ada juga situasi yang mana..seorang sahabat dalam halaqah sering ramah mesra di tunjukkan..senyuman sentiasa terukir di bibirnya sehinggakan senang hati melihatnya..tetapi apabila luar daripada usrah..aku seperti jumpa dengan orang lain..tidak menegur sapa..bila ku senyum..muka seperti melarikan diri daripadaku..kecewa kerana seharusnya apabila kita menyampaikan,kita juga perlu mempraktikkan di dalam diri kita..barulah betul dalam menyebarkan dakwah islamiyah terhadap orang lain..

dan ada beberapa situasi lain yang kita semua boleh lihat..

sebenarnya apa yang ingin ku katakan..apa yang kita lakukan sekarang..berikirlah..kita kena menyeimbangi dua hubungan..hubungan baik dengan Allah..serta hubungan baik dengan manusia..aku sendiri akui yang ada juga kurangnya aku dalam menjaga hubungan kedua2nya..cuma kita kena sentiasa muhasabah diri kita masing2...kita hidup hanya sementara..entah esok..entah lusa..entah beberapa saat lagi..hidup kita akan berakhir..selagi berkemampuan..selagi boleh..jaga keduanya..insyaallah..bukan setakat kita membahagiakan diri sendiri..malah mebahagiakn orang lain..sama2 memperbaiki diri ye... :)

SHORT NOTE: kita buka buku baru...siapa diri kita yang dahulu bukan penentu diri kita akan datang..setiap hari kita akan menjadi orang baru tanpa kita sedar..belajarlah...create yourself like u create something new..macam dalam design..kita sentiasa inginkan mencipta sesuatu yang baru..cantik..aestetik..dan bole di terima oleh orang lain..macam tu dengan kita sebenarnya...sama2 berjuang untuk ke arah yang lebih baik... :)



Comments