KISAH SEBENAR CINTA SAYA

(true story from me :KISAH CINTAKU )

bila terfikir balik..perjalanan cintaku kat si dia,si Khat..dah lama sangat...semenjak daripada tadika lagi...sampailah ke sekolah rendah..dan bila kat sekolah menengah..aku semakin jatuh hati dengan dia sebab kakakku juga memilih untuk mendekati saudaranya,Farsi..oleh sebab itu...aku masuk semua pertandingan yang melibatkan dia...sebab aku dah rasa...aku tak boleh jauh dari sisinya..sampaikan aku menuntut ilmu dan kaedah dari seorang ustazku untuk mengetahui cara yang terbaik agar dia juga mencintaiku...

semenjak dari itu...aku juga turut mengenali ahli keluarganya yg terdiri drpd Thuluth,Riq'ah,Deewani,Jali Deewani,Hijazi dan Kufic..namun waktu itu..perlahan2 cintaku beralih kepada Deewani kerana kelembutan dan tidak banyak peraturan untuk mendekatinya..namun,ustazku seperti menghalang dan sering menegurku supaya cuba2 belajar mendekati Thuluth kerana keperibadiannya sering menjadi contoh..aku tetap berdegil..dan meneruskan cintaku kepada Deewani..

tetapi..sesungguhnya Allah lebih mengetahui...andai dia memang benar jodohku..sejauh mana aku berlari..dia semakin datang menghampiriku..Khat kembali dalam hidupku sekarang..kerana dia cukup memiliki apa yang ahli keluarganya miliki..dan khat juga sama sepertiku..suka kepada design..hmm..aku harap ia adalah jodoh yang terbaik untukku..

*semoga suatu hari nanti..aku mampu menyebarkan diri kamu sebagai salah satu wasilah untuk aku berkarya sambil berdakwah...aku tidak pandai berkata2 seperti para alim ulama'...hanya melalui kamu...itu yang aku mampu..terima kasih hadir sebagai cintaku...<3 span="">

hasil dari klas craftmanship

buat nama sempena hari lahir sahabat sorang ni..

untuk hari lahir dia juga...

Comments