UNTUK KAMU..

kadangkala..dalam bersahabat...tanpa kita sedar..kita telah melukakan hati sahabat yang ada sekeliling kita..

maaf teman..aku tidak sedar membuatkan kamu terluka..
tetapi sejujurnya kerana Allah..
aku menyayangimu umpama ahli keluargaku sendiri..
aku tidak mahu kamu melihat kesedihan yang ada padaku...
aku tidak mahu kamu memikirkan apa yang aku rasai..
dan aku juga tidak mahu kamu merasai apa yang aku alami..

benar..
aku lebih suka mendiamkan diri..
aku lebih suka memendam apa yang aku lalui dari di ketahui olehmu..
kerana aku sudah terbiasa dengan kesedihan..
aku tidak mahu kamu juga sepertiku..
kerana itu aku suka tersenyum di hadapanmu..
kerana itu aku suka ketawa bila bersamamu...
dan kerana itu juga..aku akan cuba sedaya upaya untuk menyimpan perasaan yang ada demi menjaga perasaanmu sebagai sahabatku yang aku sayangi..

maaf atas segalanya...ukirlah senyuman di wajahmu sentiasa..kerana di sebalik senyumanmu itu..ia bukanlah racun untukku tetapi ianya penawar bagi segala kesakitan yang ku alami..ukhwah fillah..sesungguhnya..hubungan persahabatan antara kita adalah kerana Allah..maafkan diri ini..

SHORT NOTE: aku tahu aku bukan adalah antara yang baik dalam kalangan dirimu..cuma..semuanya untuk menjaga perasaanmu..tetapi aku tahu tanpa ku sedar..aku menyakitimu..memang itu adalah kesalahan terbesarku..semoga Allah dapat sampaikan apa yang terbuku di hati ini pdamu kerana aku tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana...apakah..mengapa..kepada kamu..harap kamu fahami niat sebenar hati ini..

Comments