STARTING TO GET INCOME...



Asalnya aku meminati kesenian khat ni hanyalah untuk pertandingan sewaktu tadika..sampailah di sekolah rendah..aku melihat kakakku memasuki pertandingan khat dan dia menggunakan khat farsi..lama-kelamaan hati aku semakin tertarik dengan pelbagai jenis khat ni...aku semakin jatuh cinta...sehinggakan di sekolah menengah aku menyertai pertandingan khat dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 kerana minatku ini..dan alhamdulillah...walaupun sewaktu tingkatan 5 aku hanya mendapat no.3 di peringkat negeri tetapi bagi aku,itu adalah permulaan bagi kesenian khat aku...

sewaktu di asasi,aku masih lagi meneruskan dalam menyertai pertandingan kaligrafi..menjadi saingan besar bagi aku kerana bakatku tidak sehebat peserta2 lain..namun,yang menjadi titik kegembiraan bagiku apabila aku telah berada di BACHELOR OF APPLIED ARTS AND DESIGN di UIA.kerana di sinilah aku berani untuk mengeksplore khat tu...mungkin khat yang aku lakarkan tidak mengikut kaedah seperti yang ustaz yazid ajar dulu..(asif ya ustaz...)tetapi aku ingin mencabar diriku untuk bermain dengan khat ini diselitkan dengan arts and design yang telah aku pelajari...

dan aku tidak menyangka..semester lepas menjadi titik permulaan apabila khat ini menjadi salah satu sumber kewangan untuk aku...pada asalnya,aku hanyalah membuat demo khat di kuliyah aku sendiri..dan alhamdulillah..ianya menjadi sumber kewangan untuk studio aku yang bakal pergi heritage studies di morocco(asalnya..namun..ditukar saat akhir ke kemboja..)kemudian ketika aku menghadapi final exam,ada seorang kakak meminta pertolongan untuk menuliskan khat menggunakan khat kufic..asalnya inginku menolak tetapi oleh kerana aku memikirkan ianya tidak mengambil masa yang lama,maka aku terima..dan di situlah baru aku berani untuk bermain khat tu di software sketch up.dan..secara tidak ku sangka..aku memperolehi income disitu..alhamdulillah...rezeki Allah..(pada waktu yang sama..aku memperolehi keputusan final exam yang baik..)

dan seterusnya..aku menyambung dengan membuat nama-nama untuk sahabatku..untuk design t-shirt...dan untuk kad kahwin...semoga Allah permudahkan segalanya..dan mengharapkan izin Allah untuk aku terus memperkembangkan kesenian khat ini dengan caraku tersendiri tetapi masih mengikut prinsip Islam..In Shaa Allah..

"BE CREATIVE" -IKHTIRO'U DA'IMAN FINNAFSIH( dalm bulatan yg bermaksud,design is always in mayself) design untuk kumpulanku..

ni lah asalnya sebelum masuk ke photoshop

ISLAMIC ARTS AND DESIGN LEGACY-design khat sahaja  untuk t-shirt kumpulan sahabatku..

MOHD KHAIRUL HISYAM & SITI NORLIA (cuba untuk mendapatkan yang sesuai dengan bentuk bulat..)

SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG BESTARI ( guna software sketch up sebab nak jadikan dia 3D)

AHMAD MUNIF ASRAPI (mencari design)

MOHD KHAIRUL HISYAM & SITI NORLIA (FREESTYLE)

Comments