Aku tidak mahu untuk membangkitkan perasaan ini..tetapi aku hanyalah insan biasa..yang juga mempunyai kesabaran yang terhad..maaf…
Setiap hari..aku akan berada di studio dari seawal kelasku
pukul 8pagi sehinggalah petang..dan kadangkala hingga ke lewat malam untuk
menyiapkan projek2ku semester ini..berhadapan dengan 4 projek (subjek
studio,calligraphy,graphic computer design geometric pattern)..kelihatan
seperti sedikit tetapi hanya Allah sahajalah tahu kredit hour bagi setiap subject
agak memberatkan kepala ini..
Dan bila berhadapan dengan projek yang berat..dan ketika
itulah kami2 pelajar KAED ini akan menghadapi satu penyakit iaitu TEKANAN..Bagi
aku..untuk menghilangkan tekanan yang aku rasai..aku lebih selesa untuk
melakukan kerja di bilikku..sekurang2nya aku dapat berehat sebentar apabila aku
letih melakukan projek2ku…dapat merehatkan fikiran..
Namun..sekarang jiwa aku semakin tertekan apabila berada di
bilik..bukan niat aku untuk membenci kalian…aku sedikit pun tidak terniat untuk
membenci kamu…dan aku juga tidak menghalang kamu untuk menjemput sahabat2
kalian untuk datang ke bilik..di persilakan.. dan kamu yang merupakan sahabat
kepada rakan2 bilikku..datanglah ke bilik ini
tetapi..aku mengharapkan pemahaman kalian untuk tidak membuat bising
dalam bilik ini…aku faham kalian course berbeza..waktu yang hanya untuk bersantai cumalah di dalam
bilik namun hormatlah kami yang merupakn
“tuan rumah” di bilik ini juga..mungkin sekali atau 2 kali,aku tidak akan
merungut tetapi kalau setiap hari…..????urmmm….
Tidak kisah kalian ingin melihat cerita korea..bercerita
tentang apa sahaja yang kamu ingin ceritakan..ceritalah..(asalkan tidak
menggunakan bahasa yang kesat) tetapi hormat orang sekeliling…itu yang paling
utama..terakhir dariku..kalau kalian ingin di hormati..hormatilah orang lain
dahulu..
SHORT NOTE: maaf..aku cuba untuk bersabar..tetapi kalau
setiap hari..???mungkin kamu akan fahami keadaanku nanti…
Comments
Post a Comment