KONVO??IT'S HURT ME...

setiap hari melalui hidup di sini,di UIA membuatkan aku banyak belajar perkara yang membuatkan aku perlu kuat..namun..kadangkala aku juga tidak mampu untuk menahan diri daripada tersungkur dari landasan kekuatan itu..

beberapa hari ini,ada majlis konvokesyen di UIA..Alhamdulillah..walaupun aku bukanlah di antaranya kerana pembelajaranku yang mengambil masa lagi 3 tahun membuatkan aku perlu bersabar lagi..gembira melihat reaksi para graduan yang telah menamatkan pembelajaran mereka..

namun...entah kenapa..hati aku terlalu sakit...aku mengharapkan konvokesyen ini berakhir dengan segera..kerana sifat kecemburuanku terhadap mereka..bukan kerana mereka telah menggenggam ijazah,master @ PHD..tetapi disebabkan orang2 yang di sisi mereka..ada mak ayah yang bersama-sama melihat kejayaan anaknya...

bila aku pergi ke sana ke mari..aku nampak wajah2 tua yang aku paling rindui...dan ketika itulah aku terfikir..siapa yang akan berada di sampingku ketika aku konvo??mungkin ada adik beradik tapi kita tidak tahu akan datang bagaimana..

jadi tak salahkan untuk aku memasang impian untuk berkahwin pada usia muda sebelum aku menamatkan pelajaran.??mungkin 1 impian yang agak pelik tapi sekurang2nya kegembiraan aku mampu aku kongsikan dengan orang yang paling aku sayang..haha..macam mana nak kahwin awal..kalau jodoh pun tak mai lagi..xpe..sabar menanti...    :)

Comments