KEKUATANMU KEKUATANKU..

"kematian adalah sesuatu yang menyakitkan..namun,andai kematian itu sebagai salah satu tarbiah yang terbaik..ikhlaskan hati..sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..Allah tidak akan menguji hambaNya tanpa dia melihat kekuatan hamba itu.."

aku tahu rasa sakit itu..
aku tahu kesedihan itu..
aku tahu bagaimana rasanya sebuah kehilangan..

namun..
aku tidak mahu melihat kau menangis..
aku tidak menginginkan engkau jatuh dari kekuatanmu..
aku tidak sanggup menatap muka yang sayu di wajahmu..
sesungguhnya pasti aku juga akan merasai apa yang kau rasa...

aku tahu sukar untuk menghadapinya..
benar...aku sendiri juga mengambil masa akan ketiadaan dirinya..
tetapi..

aku tidak mahu tersungkur!
aku tidak mahu mengalah!
aku tidak mahu lemah!

kerana itu..
aku harus belajar..
belajar untuk mencintai diriku sendiri..
belajar untuk menyayangi ujian dariNya..
belajar untuk mengenal sebuah kehidupan yang sebenar...
dan..aku juga mengharapkan perkara yang sama untukmu,teman...

SHORT NOTE:al-fatihah...sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara..sekadar pinjaman..mungkin esok,lusa..kita yang akan pergi menemuiNya..

Comments