NILAI YANG BERHARGA...

tidak ku sangka...hari ini adalah satu hari yang paling memenatkan tanganku..(di tambah pula waktu sekarang pergelangan tangan kanan ada sedikit masalah)..namun..penat untuk di gantikan dengan suatu nilai penghargaan yang cukup besar oleh orang sekeliling...

Alhamdulillah...pada asalnya demo hari ini adalah sekadar untuk menunjukkan hasil seni yang kami pelajari semester lepas kepada orang ramai di KAED FEST(kuliyyah of architcture and environmental design festival)iaitu process marbling(corak2 yang biasa ada di belakang cover buku)..namun setelah beberapa sahabatku meminta membuatkan khat untuk nama mereka..lama kelamaan ramai pula permintaan daripada orang yang datang ke demo tersebut...rasa tak menang tangan...

di tambah pula dengan hasil kaligrafi diri yang tak seberapa membuatkan aku kurang berkeyakinan untuk menulis di hadapan orang ramai dan dijadikan sebagai jualan..kerana aku tahu khat yang ku tulis bukanlah ikut kaedah yang sebenar...sekadar aku menggabungkan khat yang telah aku pelajari ke dalam satu seni yang baru iaitu menggabungkan kaht thuluth,khat deewani dan khat nasakh dalam satu medium yang lain...namun syukur ke hadrat Ilahi...orang ramai dapat menerimanya walaupun aku tahu aku tidak mampu menulis khat yang cantik dan sempurna...dan Alhamdulillah juga..niat pada asalnya sekadar untuk membuat demo bertukar menjadi urusan perniagaan..keuntungan hari ini mencecah hampir RM200 lebih..(terima kasih untuk semua sahabat studio batch 8,AAD..sesungguhnya kalian semua adalah keluarga kedua aku yang terbaik..dan duit perniagaan menjual ais krim goreng dan marbling khat ni adalah untuk kita semua bersama untuk ke heritage studies di Moroco..)

ni lah proses marbling yang kami lakukan..biasa nampakkan dalm belakang cover buku??

contoh kaligrafi yang ku tulis atas marbling yang telah di keringkan
SHORT NOTE: nilai yang terbesar yang aku miliki adalah memiliki kalian dalam hidup aku...mungkin ibu bapa tiada di sisi adalah kekurangan tetapi Allah telah memberikan adik beradik yang ramai dan mengambil berat serta sahabat2 studio yang banyak memberikan kekuatan untuk diri ini...:)

Comments