DI BINA ATAS KEKUATAN SENDIRI..

Satu persatu ujian yang Allah berikan datang menjengah..kadangkala..aku sendiri hampir tersungkur daripada ujian itu..namun...Allah tidak sama sekali mengizinkan hamba2Nya terus lemah dan perlu bangkit daripada dugaan yang di berikan...

baru-baru ni..aku baru sahaja mengalami peristiwa kemalangan..bukan aku di langgar..tetapi TERLANGGAR seorang kanak2 kecil yang berusia 5 tahun..bukan sengaja kerana budak itu terus berlari melintas jalan tanpa melihat kanan kiri..sebaiklah masa itu 30km/j sahaja yang dibawa kerana tempat kemalangan itu berlaku di hadapan restoran..jadi..perlulah bawa perlahan..

Alhamdulillah..budak itu selamat dan tidak mengaami sebarang kecederaan yang parah setelah kami bawa ke hospital kuala lumpur dan melakukan sedikit xray ke ats budak tersebut..syukur..

setelah segalanya selesai..pak usu kepada budak tersebut meminta maaf atas kelekaan dia tidak menjaga anak buahnya dengan berhati2..

namun..kerisauan dalam diri ini terus wujud..mak ayah budak tersebut masih tidak tahu hal sebenar..kerana mereka berada di indonesia ketika ini..Allah...permudahkanlah segala urusan,ya Allah...

dan genap 2 minggu aku menghadapi minggu2 yang penuh tekanan dan kosong...projek pertama yang bermain dengan ilmu sains,enginering dan mekanikal yang lebih menekankan praktikal lebih dari rekaan..di tambah dengan diri yang bercelaru..semoga Allah terus memberi keikhlasan diri ini untuk menghadapi ujian dariNya..

teringat pada kata2 seorang sahabat.."takpe,na..kalau jodoh pertama tak nak angkat ko kol..cuba kol jodoh yang kedua..mana nak tau dia memang jodoh ko.."(kiasan yang di gunakan..)

SHORT NOTE:perancangan Allah adalah sebaiknya....


Comments