PENGHARGAAN TAK TERHINGGA UNTUK KAMU..

Alhamdulillah..hari ini cukup sudah aku  menghirup nafas di bumi Allah ini selama 21 tahun..syukur tidak terhingga..dalam tempoh inilah juga aku dapat belajar daripada kehidupan yang aku lalui..syukran fi kulli hal atas ucapan semua daripada anda2 yang menjadi pendamping istimewa dalam hidup aku..trima kasih banyak2 yang tidak terhingga..mungkin sesetengah orang berpendapat...ucapan hari lahir tu sekadar ucapan..namun,bagi aku..ucapan daripada anda2 semua lebih bermakna lagi2 pada tahun ni..kenapa???

  1. pada awalnya..selepas mak aku meninggal..aku pernah sampai di tahap aku sendiri tidak mampu hendak meneruskan kehidupan ni..betapa sedihnya hati aku apabila tempat aku bergantung selama ini hilang di depan mata aku dalam sekelip mata..really2 down...pernah dulu sewaktu mak aku sakit..aku pernah memasang niat untuk berhenti belajar @ pilihan lain,menukar kos yang lebih ringan kononnnya(course HS)..tetapi dengan semangat daripada semua(students AAD),aku terbangkit daripada kesedihan aku..sebab semualah aku mampu untuk berdiri balik..

ingat salah satu meseg dari seorang kawanku ini-farahaznil: "ana..be strong k..semoga kau terus kuat menghadapi ujian Allah ni..ingat..lepas mak kau meninggal..jangan sampai kau pun hilang semangat nak belajar..kitorang as kawan kau terus ada di sisi kau.."

dan salah satu kata-kata dari lecturer aku yang benar2 aku hormati dan aku rasa dia adalah pensyarah yang merupakan abang yang terbaik untuk kami semua students AAD first year,bro.fadzli irwan(maaf bro..pinjam nama bro kejap..):"kamu rasa..lepas kamu dapat tukar kos tu..kamu akan dapat lagi ke kawan2 macam sekarang ni??" persoalan yang membuatkan aku berfikir 2,3 kali untuk menukar kos..

  • terima kasih untuk semua..mungkin aku terlalu berlebihan dalam hal ni..tetapi aku tak tahu bagaimana untuk aku sampaikan penghargaan terima kasih aku kepada semua..terutama kepada adik beradik aku yang mengambil peranan mak untuk menjaga aku..(terharu..sebab aku jarang nak harapkan apa2 dari korang pun.sebab aku faham masalah korang jauh lagi berat dari aku..huhu..)kawan2 studio(thankz buat aku selalu ketawa..tolong aku waktu susah..dan paling penting yang sanggup datang ke hospital sungai buloh masa mak aku meninggal..datang ke rumah yang jauh dengan ada yang sanggup naik motor sampai ke tg.karang..perkara ni yang buat aku terharu sangat..)dan maaf untuk semua yang aku tak inform pasal mak aku meninggal terutama kawan2 dari SAM.Tanjong Karang dengan SK Dato' Manan..maaf sangat..masa tu..tak tahu nak buat apa..
TERAKHIR....TERIMA KASIH UNTUK SEMUA!!!!!!!!MAY ALLAH ALWAYS BLESS ALL OF YOU...

Comments