TIDAK KU SANGKA..

alhamdulillah..projek "fun sitting" di bawah industrial projek telah pun berakhir...dan presentation siang tadi pun telah berjalan dengan baik walaupun sahabatku secara tidak sengaja terpatahkan handle kerusiku..memang salahku kerana tidak melekatkannya dengan gam yang kuat..(terima kasih azizi azhar menjadi model bagi "FLEXTYRE-nama kerusi yang telah ku cipta")beberapa kritikan yang membina telah ku terima..namun,ketiga-ketiga pensyarahku menyukai rekaanku..syukur..membuatkan aku tidak sanggup untuk berpisah dengan DESIGN...

"kamu ada idea...kamu ada design kamu sendiri..tapi..kamu kena improve teknik sketch kamu ni.."-terima kasih brother fadzli irwan..

NAMUN...FIKIRANKU MEROSOT...

selepas waktu zuhor..aku menelefon kakakku kerana ingin bertanyakan tentang kenduri cukur jambul dan marhaban di rumahku semalam..aku tidak dapat pulang kerana projekku terlalu banyak yang harus di selesaikan..Selepas itu..kakakku memberitahu bahawasanya ibuku di dalam hospital...dimasukkan air..mungkin kerana tekanan rendah...namun tidak di tahan tetapi ibuku perlu di pimpin dan keadaan ibuku yang seluruh badan menggeletar..Allah...bohong seandainya aku langsung tidak menitikkan air mata...hanya Allah yang tahu betapa hatiku kini benar-benar ingin menjerit sekuat hati untuk pulang ke rumah..

bagaimanakah keadaan mak??Allahu akhbar....ikhlaskan hatiku menerima segala ujian dariMu..

sebentar tadi aku melihat facebook sahabat2ku..cemburu rasanya apabila sesetengah daripada mereka mengatakan tentang kerinduan terhadap masakan ibu..dan kemesraan dari seorang ayah mereka...aku juga turut merasai benda yang sama...namun..betapa aku lebih merindui kasih sayang seorang ayah..dan kesihatan yang baik bagi ibuku..terlalu rindu....

SHORT NOTE:

"KADANG2KAN ANA..KITA TERPAKSA KORBANKAN SESUATU DEMI KEPENTINGAN SESUATU..PERCAYA ATAU TIDAK SEKALIPUN BERAT DUGAAN TU..AKAN DATANG ALLAH AKAN PERMUDAHKAN SEGALANYA..KALAU AKU BOLEH HADAPI..APA LAGI KAU YANG AKU TENGOK LAGI KUAT DARIPADA AKU.."

-terima kasih kawanku..(seorang sahabat yang seandainya kau lihat kau merasa dia seorang yang ceria..kebudak-budakan tetapi di sebaliknya kematangan dalam diri dia..dia juga menghadapi perkara yang sama..cuma situasinya dia adalah anak sulung dan ayahnya menghadapi masalah kesihatn juga seperti ibuku..dalam menghadapi projek industri ini..kami mengalami perkara yang sama..Allah..semoga engkau hadirkan kembali kesihatn kedua orang tua kami seperti dahulu...)

Comments