SEKARANG BUKAN WAKTUNYA..



(kerinduanku terhadap ibuku waktu kini...)

akhir-akhir ini aku menghadapi beberapa masalah..
cukuplah telah ku ceritakan di entryku sebelum ini..
kini di tambah lagi dengan masalah lain..

K.A.H.W.I.N

maaf....ku tidak bersedia untuk waktu sekarang..noktah..
maaf...aku bukan benci kepada perkahwinan..lagi2 dalam islam sendiri menggalakkan perkahwinan kerana ia menyempurnakan iman kita sendiri..
malah..aku cukup suka kepada perkahwinan awal tu sendiri..dapat mengelakkan zina..
seandainya aku rindu pun..aku telah perolehi pahalanya..
aku jua akui yang aku terlalu rindu untuk mengetahui siapa bakal suamiku nanti..
teringin juga untuk ku merasakan perkahwinan di usia yang muda seperti beberapa sahabatku yang lain..
dan engkau juga boleh perhatikan yang entry di blog ini seringkali berkata tentang cinta..
aku tak nafikan...aku benar2 ingin merasai sebuah perkahwinan bersama dengan orang yang Allah ingin aturkan kepadaku..

TETAPI...

aku tidak bersedia untuk sebuah perkahwinan dalam waktu sekarang..fahamilah aku..
usah memaksa..biar jodoh itu datang bila sampai waktunya..(kalau dah sampai macam mana??)
izinkan aku beristikharah..biarkan aku sendiri dahulu..





Istikharah Cinta
Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Comments