PILIHAN..


berat rasanya untuk mengisi data2 diri di kertas kuning pagi tadi..adakah ini jalan terakhir yang aku ada??mungkin tidak..ada pilihan yang Allah telah sediakan cuma nak atau tidak sahaja..

hampir 3 tahun lebih aku berada di dalam bidang rekaan dan lukisan..dari situlah aku mula jatuh bangunnya diri aku sendiri..dari aku kosong ilmu mengenai teknik design sehinggalah ada secebis bakat dalam diri yang harus aku pelajarinya lebih..teknik colouring..rendering..memang banyak memberikan satu ilmu yang baru..setiap hari..kertas,warna..pen...itu adalah cintaku yang sentiasa berada di sampingku..dan dari sinilah aku mengenal sahabat2 yang membuatkan aku hidup ceria..yang macam2 karakter tersendiri...sayangnya aku pada APPLIED ARTS AND DESIGN..

Namun..
ianya ibarat cinta...
semakin kita mencintai..semakin itulah banyak halangan untuk kita terus berada sampingnya..katakanlah seberapa banyak lafaz cinta yang di haburkan untuknya..kalau dia bukan milik kita...dia tetap bukan untuk kita..


cintaku sudah terlekat pada design..walaupun aku tahu hidupku tidak teratur..(siang menjadi malam..malam menjadi siang..)tetapi atas nama CINTA..aku ingin pertahankan..
TETAPI...cinta itukan tak semestinya memiliki..dan dalam mencari cinta yang lebih baik..ia perlukan pengorbanan..

berat untuk aku berhenti separuh jalan..benar2 berat...dari sudut hati aku..aku tidak sanggup untuk melepaskan begitu sahaja..tetapi apa lagi pilihan yang aku ada selain untuk mengorbankannya..??dengan berkahwin??dan lelaki yang bakal aku kahwini itu akan menyara kehidupanku di dalam bidangku ini??

memang kadang2 itu pilihan yang aku terfikirkan..dan memang benar isteri adalah tanggungjawab suami..tetapi..berat hatiku untuk membebani suamiku dengan awal perkahwinan..apatah lagi lelaki yang bakal aku kahwini aku tidak mengenalinya..dari dahulu lagi aku mengimpikan seorang suami yang bakal aku memudahi hidupnya..menjadi permata yang di carinya..dan menjadi penyejuk di dasar hatinya..tetapi bukan untuk menyusahinya..maaf..perkahwinan bukan menjadi keutamaanku dalam situasi ibuku yang sedang dalam kesihatan yang kurang memuaskan waktu ini..

SHORT NOTE:

"sayangnya awak farhana nak berhenti dari design ni..tak rasa rugi ke??sebab kamu ada bakat..dan setiap design kamu,kamu boleh buat.."

(aku terlalu menyayangi design...tetapi aku tidak boleh mementingkan diri..)

Comments