MAKNA CUTIKU..

cuti pertengahan semester kali ini seperti tidak ku merasai seperti cuti..pulang ke kampung pada hari selasa dan kembali ke UIA pada hari jumaat..apakah makna cuti kali ini???sesungguhnya walaupun hanya beberapa hari sahaja aku dapat balik tetapi dengan masa yang ada aku dapat menjaga ibuku di hospital..

sayu...melihat ibu sendiri terbaring..menyedut oksigen..tidak mampu untuk makan..hanya mendapat sumber daripada susu yang di salurkan melalui tiub..tambahan..untuk melihat kami anak2nya juga hanya berkemampuan sebelah mata...Allah..sesungguhnya kekuatan kami adalah dariMu...

beberapa hari di hospital...setiap hari itulah aku melihat air mata..kesakitan..kerana di sekeliling aku di penuhi dengan pesakit yang menghidapi penyakit kritikal...dan tidak menyangka..orang yang sebelah ibuku pada hari selasa telahpun di jemput pada keesokan harinya tepat2 waktu magrib..hiba..

dn beberapa waktu yang ada dengan ibuku..sakitnya semakin melarat..namun,Alhamdulillah..sebelum pulang tadi doktor membenarkan ibuku pulang ke rumah..tetapi kami adik beradik merasakan ibu masih perlukan rawatan kerana keadaannya masih tidak cukup memuaskan..oleh yang demikian,abangku berusaha untuk memindahkan ibuku di hospital tempat kerjanya di banting...

dan aku..pulang awal ke UIA bukan sengaja..tetapi aku terlalu banyak projek yang perlu di selesaikan di sebabkan sudah beberapa kali aku tidak menghadiri kelas dan perbentangan di sebabkan menjaga ibuku..hari Isnin aku sudah ada perbentangan projek yang terbengkalai..aku jauh ketinggalan di belakang..sahabatku yang lain floor plan untuk design mereka sudahpun di approve...aku??sesungguhnya aku mengharapkan Allah sentiasa memberi kekuatan dan semangat kepadaku yang hampir luntur terhadap design aku..

SHORT NOTE:

sesungguhnya dugaan Allah hadir pada bila2 masa..bersedialah..dan menerima segalnya dengan hati yang ikhlas...

Comments