KECEMBURUANKU..

Aku tidak tahu kenapa perasaan ini muncul... tetapi hari ini timbul rasa cemburu melihat gambar2 semua itu.. sedangkan aku dahulu juga pernah melaluinya.. tetapi sekarang..aku tidak pasti akan melaluinya lagi.. kecemburuanku bukan pada atas nama cinta.. tetapi aku cemburu melihat gambar keluarga orang lain.. ada ayah..ada ibu.. kemesraan dan kebahagiaan cukup terlihat di gambar2 itu.. cemburu.. aku inginkan semua itu berulang kembali!!!!!!!! tetapi kecemburuanku bukanlah tanda aku membencinya.. aku suka melihat keluarga yang bahagia.. kerana di situ jugalah terletaknya kebahagiaan untukku.. tetapi tak salah bukan aku mengidaminya kembali..?? untukmu arwah ayahku.. maaf kerana aku masih tidak cukup baik untukmu.. selalu membuatkan kamu pening kepala dengan sikapku dahulu.. namun..aku berusaha untuk menjadi anak yang solehah untukmu.. walaupun aku tahu banyak perkara aku harus perbaiki.. dan walaupun juga kamu tiada di hadapanku..tetapi aku cuba berusaha ke arah yang lebih baik.. sesungguhnya kamu sentiasa di hati.. semoga ayah di tempatkan di tempat orang yang Allah sayangi.. doaku ada sentiasa untukmu.. untukmu wahai ibuku.. sepanjang kamu sihat..aku jarang berada di sampingmu.. pembelajaranku di sini telah memisahkan kita berdua.. walaupun dekat..tetapi kesibukan courseku membuatkan aku jauh di sisimu.. sebulan sekali..baru kita bertemu..itupun hanya 2 hari kita bersama..sabtu dan ahad.. kini..walaupun kita selalu bertemu..kamu tidak dapat memanggilku.. dalam masa sebulan..segalanya berlaku dengan terlalu pantas.. ana..cukuplah satu perkataan itu yang aku impikan dari mulutmu.. kerana aku terlalu rindu...rindu sangat... emak..cepatlah sembuh....ana rindu.... SHORT NOTE: maaf..aku tahu entryku tidak menarik minat sesiapa..cukupla untuk diriku..kerana di sini juga aku dapat mengurangkan segala keresahan yang ada dalam diri.. ""Telah tertulis suratan nasibmu, derita buatmu ada hikmahnya, terlukis senyum di bibir lesu, tak siapa tahu hatimu" -Hidup adalah Perjuangan-nice words from one of my friends)

Comments