10 MARKS VS MAK..


awal pagi tadi sahabat aku mengejutkan aku bangun dari tidur..risau aku tidak bangun subuh kerana lewat tidur pada malam waktu..dalam pukul 6.30 pagi aku di kejutkan pula dengan 1 meseg dari kakakku..Allahu Akhbar..ujian Allah beri pada hari aku mempunyai test photoshop pada hari ini..

"ana..mak sekarang kat hospital sungai buloh..dalam wad kecemasan..."

aku terkedu hampir 1 jam di atas katil..apa yang harus aku lakukan??akhirnya pukul 7.30 aku umpama tersedar yang aku perlu menjenguk ibuku..aku bersiap dengan segera dan memberitahu sahabatku akan ketidakhadiran aku pada test hari ini..

perjalananku ke hospital sungai buloh berseorangan membuatkan aku termenung sendiri..
mak.....satu ujian Allah yang benar2 membuatkan aku perlu kuatkan diri..meseg satu persatu dari sahabatku telah ku terima..

"ana..be strong k..."
"ana..sabar...kuatkan diri.."

aku memang perlu kuat kerana ini adalah sebahagian kecil Allah menguji kami sekeluarga lagi selepas pemergian ayahku dulu..

sampaiku di hospital...sayu..melihat mak terbaring..aku seperti tidak tahu apa lagi yang aku harus lakukan..satu persatu adik beradikku datang..Alhamdulillah..sekurang2nya aku tahu aku masih ada keluarga yang saling mengambil berat dan menyayangi satu sama lain..syukur..

dalam pukul 4 aku pulang ke uia..bukan aku tidak mahu terus tinggal di situ tetapi esok aku mempunyai peperiksaan midterm..nak atau tidak aku harus kembali..

terakhir..aku sempat mencium pipi ibuku..tidak mampu untuk menetap lebih lama di wad kecemasan itu..sebak..
semoga mak cepat sihat macam dulu...ana rindu...

SHORT NOTE:Allah telah menolongku pada hari ini..test photoshop telah dibatalkan dan di bawa ke dua minggu hadapan..Allah..Alhamdulillah..sesungguhnya Engkaulah yang mengasihi para hambaMu melebihi segalanya....

*untuk kamu ##### Allah Itu Maha Melihat dan Maha Adil..apa yang kamu lakukan pada hari ini..Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang berlipat ganda..aku bukan untuk mendendamimu..tetapi cukuplah agar engkau kembali kepada jalan yang benar..sesungguhnya Allah masih membuka pintu taubat kepada kita semua...
sedarlah...kita hanya sementara di dunia..
lakukanlah sesuatu yang memberi kebaikan bukan keburukan..
aku tidak rugi apa2..kami tidak kehilangan apa2...
malah setiap apa yang berlaku..sebenarnya Allah menghadiahkan perkara yang jauh baik dari sebuah kemanisan..
aku yakin dengan Allah!

Comments