RINDU PADANYA....

Alhamdulillah…setelah sebulan menjadi suri rumah tangga sepenuhnya selama sebulan di rumah..akhirnya kembali lagi aku melangkah satu semester yang baru…memang tidak perlu di banggakan tetapi perasaan yang ingin menuntut ilmu semakin menebal..keputusan yang di peroleh semester lepas juga menjadikan aku semakin bersemangat untuk semester kali ini…

Namun…di sudut hatiku..aku terfikir…bagaimana keadaan rumahku sekarang..??bagaimana keadaan ibuku??bagaimana makan minum ibuku dan kakakku yang sedang melalui pantang selepas bersalin??siapa yang sanggup melayan anak buahku,Danish yang lasak ketika ini??apakah yang bakal mereka makan setiap hari??siapa yang mahu menjaga siapa????????????

Ibuku kembali seperti dahulu..kesihatannya agak merosot kebelakangan ini..kakakku pula sedang pantang selepas bersalin anak lelaki(Muhammad aniq hazim)..dan sentiasa kelihatan pucat..dan Danish pula ketika ini benar2 lasak..mungkin umur hampir 2 tahun ini waktu dia untuk menjadi seorang yang aktif..abang iparku pula bekerja di petaling jaya…setiap hari berulang alik dari tanjong karang ke petaling jaya dan begitulah setiap hari semata-mata untuk menjaga mereka bertiga..

Sebelum melangkah keluar dari rumah untuk ke mahallah..aku tahu ada air mata di sebalik mata ibuku..kakakku..berat hatiku untuk meninggalkan mereka…apetah lagi untuk muhammad Danish naufal..anak buahku yang paling aku sayangi…sepanjang kakakku berada di hospital..danish akan tidur denganku..setiap petang…aku akan membawanya pergi ke kandang lembu jiranku..suka melihat gelagat apabila dia cuba mengajuk bunyi lembu itu…comel..dan rindu apabila dia menonton “babytv” ,dia akan ketawa dan menyandarkan badannya denganku…mungkin aku berlebihan bercerita mengenainya..tetapi itulah perasaanku yang ada kini…

Bicara pula tentang semester baru…aku mengharapkan sesuatu yang baharu pada diriku sendiri..kesederhanaan itu yang ku impikan..harta dunia bukan itu yang aku dambakan…kesabaran dan ketabahan melalui liku hidup ini itu yang ku perlukan..biarlah hati aku kosong tanpa cinta dari manusia tetapi cinta Allah hadir sentiasa aku rindukan…

SHORT NOTE:tiada kaitan di atas…tetapi renungan bersama…orang sering menilai kecantikan sesebuah rumah dari segi rekaannya..kecantikannya..tetapi orang jarang untuk memikirkan bagaimana mencipta sesebuah kebahgiaan dalam rumah itu sendiri…tepuk dada Tanya hati..

Comments