ANA UHIBBUKA LADZI AHBABTANI LAHU…


Bingkisan dariku untukmu…juga wadahmu untukku..

Adamku…

Kau sebenarnya imam dan aku makmummu kerana kau adalah ketua..jika kau benar,maka benarlah aku..jika kau lalai,maka lalailah aku..Wahai Adam,kau punyai kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu..Akalmu 9,nafsumu 1..akalku 1,nafsuku beribu-ribu..Oleh itu Adam,pimpinlah tanganku kerana aku sering dan lalai serta lupa..sering tergelincir ditolak dengan nafsu…

Namun…ringkas jawapanmu….

Hawaku..dengar…

Meski aku Adam..gagah pada luaran..adakalanya aku juga tewas dalam godaan..walau aku pemimpin khalifah bagimu..aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu..nafsuku 1..akalku 9..namun 1 itu yang sering menjadikan aku di luar kawalan..kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi..lemas dalam dunia sendiri..andai aku leka dan alpa..ingatkan aku untuk kembali pada-Nya kerana di sebalik seorang lelaki,berdirinya seorang wanita…

Tetapi Adamku…

Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu..akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku..lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu agar nanti di berkati Ya Rabbi..kenalkanlah aku pada majlis2 agama..ajarilah aku Yassin dan memahami Al-Quran..kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam jumaat yang penuh barakah.khabarkanlah padaku tentang fardhu2 yang patut aku tahu..bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar…

Aku suka dengar jawapanmu…

Hawaku yang Allah sayangi..

Walaupun aku durjana duniawi..aku juga impikan wanita solehah sebagai suri..justeru..ingatkan aku agar tingkatkan ibadah..kelak aku berkemampuan menjadi suami soleh..ingatkan aku supaya mengalunkan kalamullah agar dapat aku memandumu ke syurga..sedarkan aku mengejar keredhaan Ar-Rahman..agar hidup aku sentiasa aman..bangunkan aku bertahajjud bersamamu…agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku..aminkan bacaan doaku..moga nanti luas syurgamu..taat dan patuhilah aku..kelak solehah jadi milikmu…

SESUNGGUHNYA KITA SEMUA BUKAN SEMPURNA..DAN MENYEMPURNAKAN HIDUP KITA ADALAH APABILA KITA SALING MENYEMPURNAKAN DIRI MASING-MASING..OUR LIVES LIKE PUZZLE..NEED TO BE EACH OTHER..

Comments