TIADA BANYAK YANG PERLU KU KATAKAN..



mungkin rasanya terlalu lama jari2 ini tidak membicarakan sebarang cerita...entahlah..mungkin dari blog inilah banyak perkara dan kenangan di sini..tetapi itu bukan topik utamanya...kebelakangan ini...ujian dari Allah benar2 mengujiku sebagai hamba di sisiNya..dari segi pelajaran,tidak perlu ku komenkan kerana sebagai seorang pelajar yang sentiasa perlu memikirkan idea dan rekaan..itu adalah lumrah dengan kesibukan yang tanpa mengira masa..malam bertukar siang dan begitu juga sebaliknya..

namun..
kekuatan aku sering teruji baru2 ini dengan satu ujian yang benar2 aku hampir hilang kekuatan...di sebalik senyum di wajahku..aku cuba untuk mencari kekuatan di sebaliknya..supaya aku terus berada bersama dengan hamba2 yang sabar..tetapi suatu waktu juga aku tidak dapat menahan air mata..Allah...izinkan aku miliki ketabahan seperti para sufiMu...

SHORT NOTE:Semoga Allah hadirkan kesembuhan terhadap ibuku..hanya dialah satu2nya permata yang terlalu bernilai selepas ketiadaan arwah ayah..dan aku menyanjung ketabahan seorang kakakku yang sentiasa di samping arwah ayahku di saat yang genting dahulu..dan kini menjaga ibu..semoga Allah mempermudahkan segala apa yang kau lakukan dan doaku agar Allah bakal menghadiahkan seorang cahaya mata yang bakal membuatmu sentiasa dalam keberkatan Allah..aku di uji namun engkau jauh lebih di uji,kakakku.. ketabahanmu aku menyanjung tinggi..

#lagu BELAIN IBU-HIJJAZ DAN PERMATA AYAH-AEMAN menjadi penemanku di waktu malam..tiada apa yang aku ingin katakan...uhibbukum jiddan..

Comments