KESAKITAN YANG KEMANISAN

Hari ni..16.12.2011…buat pertama kali kebanyakan sahabat2ku melihat aku menangis…malu…tetapi aku tidak dapat menahan air mata dari untuk tidak keluar..perasaan syukur dan terharu dengan penghargaan yang terlalu bernilai buatku pada hari ini..

Aku bukan untuk membangga tetapi sekadar berkongsi sesuatu yang cukup aku merasakan ia adalah saat yang paling baik buatku…penilaian untuk final projek-conceptual idea.
Kami di tugaskan menampal segala konsep-konsep idea di soft board..dan Alhamdulillah aku di antara beberapa orang yang diterima konsepnya.tidak ku sangka segala kegundahan,kerisauan dan kecelaruan fikiranku waktu kini(yang telah ku jadikan konsep idea untuk interior design projek) telah diterima.Allah…ujianmu memberi kemanisan untukku..Alhamdulillah..

Waktu demi waktu…aku cuba untuk terus kuat..lagi-lagi dengan situasi yang aku hadapi sekarang…di tambah lagi dengan kekusutan hal yang baru mengenai course yang bakal aku ambil mulai sem.hadapan..hatiku inginkan interior design..tapi fikiranku menuju pada conservation..course yang aku ambil sekarang masih umum lagi-APPLIED ARTS AND DESIGN.dan di dalam AAD ada 3 major course yang perlu kami pelajari dahulu sebelum ke major course yang diingini-interiorl design(seni rekaan dalaman),conservation(pemulihan barang2 lama) dan industrial design(rekaan industry).

*INDUSTRIAL DESIGN-hatiku bukan untuknya..berhadapan dengannya..aku perlu persediaan mental,fizikal dan kewangan yang agak tinggi..kemampuanku tidak sampai setahap itu..

*CONSERVATION-aku suka apabila membuat projek conservation sebab aku suka pada ukiran..pada sesuatu penjagaan barang lama..tetapi aku kurang berminat dengan kajian yang terlalu banyak..

*INTERIOR DESIGN-minat…aku dapat belajar construct design dengan teliti.kekemas..belajar graphic communication..design..sketches..transfer emosi dan perasaan kita pada design..tetapi banyak menggunakn sumber kewangan…aku tidak mahu menyusahkn ahli keluargaku kerana aku tahu masing2 mempunyai kesusahan mereka sendiri..

SHORT NOTE:semoga Allah memberi petunjuk untukku.lagi 3 minggu untuk menghabiskan semester pertama ni..bertahan wahai farhana!

Comments