DI MANA KESTABILAN HIDUPKU???????



Sekarang…aku mulai merasa kusut..haru..dengan apa yang aku lalui..
Berterabur rasanya..

Malamku menjadi siang…siangku menjadi malam..melanggar apa yang di syariatkan oleh Allah di dalam Al-quran…

Fikiranku bergerak aktif di tengah malam..memikirkan idea untuk rekaan..otakku mudah untuk menghafal juga pada waktu malam…tetapi siang??aku menjadi seorang yang aku sendiri tidak pasti…

“farhana,kamu tak developekan design kamu lagi ke??”

Soalan itu pernah pensyarahku ungkaikan..tetapi inilah aku..ideaku datang pada waktu malam..siang memang aku kurang berkemampuan untuk berfikir secara aktif..

Ketawaku dan senyumanku sentiasa melekat di waktu siang…perasaan gembira seperti aku tidak mempunyai apa-apa masalah…tetapi malam??aku menjadi seorang yang cukup pasif…seperti aku hidup dalam dunia kesedihan…air mataku seperti wajib untuk dikeluarkan…kadang2 aku sering merasakan air mata itulah peneman tidurku sebelum aku melelapkan mata..

Malam aku sentiasa berasa panas..memasang kipas tidak pernah kurang dari apa yang ada di maksimum...apabila siang…kelas yang bagi sahabat2ku merasai kepanasan terbalik daripada aku…waktu tengahari..akulah orang yang merasai sejuk..kadang-kadang sahabatku yang menjadi mangsa untuk aku pegangi mereka..

Di luar rumah…atau di kampus…sahabatku sering mengatakan aku seorang yang ceria..bersifat pra-matang kadangkala..tetapi apabila di rumah…aku adalah antara orang yang paling matang di antara adik beradik…kadangkala orang melihatku sebagai kakak dan aku akui yang aku lebih tegas berbanding abang sulungku..
kelakar rasanya..sahabat baikku mengatakan aku adalah antara manusia yang aneh..tetapi itulah aku..

SHORT NOTE:andai aku masuk interior design..peluang kerja aku adalah lebih luas..tetapi hidupku tetap sama..malamku untuk projekku..siangku untuk tidurku..kalau conservation..peluang kerja mungkin tidak seluas interior tetapi aku dapat mengurangi beban ahli keluargaku dari sumber kewangan dan insyaallah..aku mampu mengubah sedikit cara hidupku..next sem.21.5 contact hours…memang bakal bilikku menjadi tempat persinggahan selepas ini…semoga Allah memberikan aku kehidupan yang lebih stabil daripada sekarang..:)

*tiba-tiba aku ingin menambah..rindunya untuk melihat kakak senior-kak Fharidatun Zain..aneh..walaupun hanya mengenal di alam maya..tetapi aku ingin sekali temui dirinya..

Comments