JODOHKU SEMAKIN HAMPIR..

Pejam celik pejam celik waktu itu semakin menghampiriku..aku takut...mampukah aku berhadapan dengannya dengan keadaan aku yang tidak bersedia..berdebar untuk menanti saat itu..Allahu Akhbar..kuatkanlah hatiku..kuatkanlah iman dan diriku untuk bersua dengan sesuatu yang bakal menjadi sebahagian perkara paling penting dalam hidupku..yang bakal membuatku menjadi lebih baik atau sebaliknya..

aku tahu bukan aku orang yang pertama melalui saat itu..sahabat-sahabatku juga ada yang telah melaluinya dengan penuh keyakinan..aku takut Ya Allah...keyakinanku ibarat sehelai kertas..yang nipis..yang mudah terkoyak..yang mudah basah dek lantaran aku bukan sekuat yang di sangka..cabaran untuk aku hidup bersamanya memerlukan aku perlu ada pertahanan dan benteng yang cukup kukuh agar aku tidak tersungkur dengannya..

aku mencintainya setulus hati aku..aku sebati untuk bersamanya kerana dia adalah serasi dengan apa yang aku sukai..aku berhak mencorakkannya dengan apa yang aku inginkan..kerana apa yang aku tahu..dia akan mengikutiku setiap perkara yang aku lakarkan untuknya..dia pasrah..dia rela bersamaku walaupun bukan semua menyukainya..dan aku tahu waktu akan datang apabila aku bersamanya,aku harus bersusah payah untuk mengejar apa yang aku inginkan..aku perlu kekuatan untuk bersamanya.....


BACHELOR OF APPLY ART AND DESIGN IN INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERCITY MALAYSIA

aku akan bersamamu..sekalipun bakatku tidak sehebat mana namun aku yakin Allah akan berikan aku kekuatan untuk terus bersamamu..walaupun aku telah cuba meninggalkanmu dengan memohon course yang jauh dari persepsimu iaitu pendidikan...namun,kau tetap adalah jodohku..4 tahun kita akan bersama berjuang mengejar cita-cita dan impian..insyaallah..akan aku sulamimu dengan ingatan terhadap kekuatan cinta kita iaitu islam..akan aku bawa nama islam itu apabila di sampingmu..Biarlah apa yang orang kata..yang aku ketahui...aku menuntut ilmumu kerana Allah...sekarang..aku ikhlas..kesukaran mana pun nanti aku bersamamu..Allah akan tetap membantuku untuk aku terus bersamamu.....

AKU MENCINTAIMU WAHAI APPLIED ART AND DESIGN....aku ikhlas..





SHORT NOTE:risau bila nak masuk degree ni...

Comments

  1. tenang je masuk blog ni...banyak info menarik disamping muzik yang menyentuh jiwa..boleh tahu x tajuk nasyid ni?

    ReplyDelete

Post a Comment