YAKIN PADA ALLAH... :)

Bismillahirrohmanirrohim...salam ukhwah fillah kembali untuk semua....semoga Allah sentiasa berada di sampingmu wahai sahabat kalian...setiap hari menatap dan membaca blog tetapi kesempatan untuk mengupdate rasanya baru hari ini ada mempunyai kelapangan...

Alhamdulillah...masih ingatkan entry ana sebelum ini tentang REZEKI??Allah Maha Mendengar..apabila pada masa lepas rezeki kita tiada,Allah berikan kita rezeki yang lain...Bersyukur sangat ke hadratNya di sebabkan pemberian yang melimpah ruah..baru2 ini ana mendapat pekerjaan sebagai guru tadika di DZULIMAN..sweet rasanya apabila berkursus di samping tenaga pengajar yang begitu mesra dengan ana walaupun pertama kali jumpa..rasa nikmat ukhwah bersama dengan mereka..kesopanan..pelaksanaan dalam mendidik anak2 yang begitu muda seawal 4 tahun dengan penuh bijaksana untuk melahirkan khalifah yang berguna...subhanallah..tetapi mungkin rezeki ana untuk bekerja di situ tiada di sebabkan ana di tawarkan menolong abang ana sendiri dalam berniaga menjual kek..keluarga di utamakan daripada kepentingan diri..

sekarang ana dah ada 2 pengalaman bekerja..pertama dulu sebagai pengajar iaitu guru yang berhadapan dengan anak2 dan sekarang berhadapan dengan anak2 sampailah ke orang yang lebih berusia...macam2 ragam ana perlu berhadapan setiap hari...dari orang luar negara yang bercakap arab...english...tetapi semua itulah yang membuatkan pekerjaan yang ana lakukan rasa manis sentiasa walaupun letih..dari seawal 9pagi sehinggalah pukul 11 malam..sebaiklah sampai 8 hari bulan ni..selepas ini,ana akan balik ke kampung halaman di tg.karang untuk menunggu kerja kerani yang ana perolehi di sekinchan...insyaallah...

soal menyambung pelajaran...Alhamdulillah bulan april hari itu ana telah mendapat tawaran menyambung pelajaran dalam course yang ana mohon dulu iaitu apply art and design di IIUM..dan sabtu lepas ana baru je menduduki ujian MEDSI iaitu ujian untuk pendidikan untuk pendidikan kaunseling yang ana mohon hari itu..harap2 ana dapat tukar course pendidikan sebab ana lebih cenderung untuk mengajar sebenarnya..pada masa yang sama,ana menanti jawapan permohonan untuk guru fadhu ain...bukan ana tamak,tetapi bak kata seorang kakak ana,

"REZEKI ALLAH TU BANYAK,NA..MOHON JE APA2 SEKARANG NI..NANTI BILA TIBA WAKTUNYA SAAT PERLU MEMILIH,ALLAH AKAN SEDIAKAN LAGI JALAN PENYELESAIANNYA..."

Insyaallah...

dan bak kata ana:"YAKIN PADA ALLAH....INSYAALLAH..ALLAH AKAN BERIKAN REZEKI YANG KITA PERLUKAN.."

SHORT NOTE:Allah......aku sentiasa perlukanMu..bukan sekadar untuk Kau memberi nikmat hidup ini...tetapi sebagai memberi kekuatan kepadaku untuk aku terus mengingatiMu..........

Comments