KASIH MANUSIA SERING BERMUSIM




Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih
Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..."

Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:
Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:
1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2. Apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu.
3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4. Apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
5. Ingatlah kepada Allah.
6. Lupakan baik budimu kepada org lain.
7. Lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
8. Ingat kepada mati.

SHORT NOTE:

"KADANG2 KITA MINTA KEPADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG SEGAR,DIA AKAN BERI KAKTUS BERDURI..APABILA KITA MINTA KUPU2 YANG CANTIK DIBERINYA ULAT BERBULU..KITA AKAN KECEWA DAN SEDIH..NAMUN SEBENARNYA KAKTUS ITU BERBUNGA DENGAN INDAH SKALI DAN ULAT ITUPUN MENJADI RAMA2 YANG INDAH DAN MEMPESONAKAN..ITULAH JALAN ALLAH...INDAH PADA MASANYA DAN DIA TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN TETAPI DIA MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN..KADANG2 KITA AKAN SEDIH...KECEWA..TERLUKA..TETAPI JAUH DI SUDUTNYA DIA TELAH MENGATURKAN YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA..."

Setiap wanita sentiasa mengimpikan lelaki yang soleh dan mampu membimbing mereka ke syurga cinta..namun setiap benda yang diinginkan tidak semestinya tercapai..dan kadangkala..sebelum kita menginginkan lelaki yang baik itu,adakah kita berfikir yang cukup layak ke kita untuknya???manusia itu akan sentiasa berubah2..tidak semestinya asal kita jahat,kita akan terus menjadi jahat...dalam Al-Quran sendiri ada menyebut yang Allah akan membuka pintu taubat sehingga Hari Kiamat..dan kita sebagai manusia belajar untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi mujahid atau mujahidah yang baik di sisi Allah..Allah is Fair for everything..dan paling penting ana ingin katakan..manusia bukannya sempurna..Hanya Allah sahaja yang memiliki syumul itu...

Comments