CERPEN BASED ON I LUV ISLAM

Berkali² dia menekan butang ‘play’ di hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama² memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda² untuk henti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai². Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi sekali di saat² begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, penuh dengan kenderaan² berat. Masing² memecut laju ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, awal² lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.






Abang nak dengar lagu ape ?
Satu suara tiba² memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.



Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu..
Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tapi masih jelas didengari.



Tajuk pe lagu tu ?



Err.. Ade la.. Hehe..



Hek eh.. Nak rahsia² plak..



Suprise².. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni..
Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.



Romantiknye abang nie..



Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je..



Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait² lirik yang dilagukan.




Mekar di taman hati..
Cinta pertama..
Engkau ciptaan seni idaman kasih..
Antara bibir tersiratnya pekerti..
Kelembutan yang mendamaikan jiwa..




Oo.. lagu ni rupenye..
Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.




Sayang suka lagu ni ?
Soal Amin.



Yup.. suka sangat².. dulu² time kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Time remaja kan.. Dulu ada kawan² yang sampai tunggu² kat radio untuk dengar lagu ni..



Sayang tak tunggu kat radio ?



Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat..



First time abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang².. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak share dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama² berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang..
Bicara Amin panjang lebar.


Izyani disebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia. Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila² masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar keranaNya, akan sentiasa merasa bahagia. “Tak percaya ? Cubalah!”. Kata² Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang² di telinga. Dan dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.



Sayang pulak camna ?


Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.



Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima ‘cinta pertama’ ? memang rasa tak layak sangat².. sapa la yang nak share ‘cinta pertama’ dengan sayang..



Alolo.. Wat ayat sedey plak..
Amin memintas kata Izyani.



Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni..



Sekarang ni sedey lagi la ?
Soal Amin ringkas.



Tak dah !
Balas Izyani.



Sebab ?



Sebab tak sedey laa… ^_^



Oo.. kenakan abang ye..



Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama² share rasa seronok, sedey….



Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.



Semoga kita dapat bercinta lagi di syurga nanti..
Doanya di telinga Izyani..



Ameen..
Balas Izyani.



Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti member isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.



Lajunye kereta tu..
Getusnya di hati.



Ya Allah !!



Ayat itu tiba² terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.



Dammmmm!!



Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar² di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.



Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa ??

Mustahil ?






“Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti”..~

SHORT NOTE;sweet....:)

Comments