PROJEK?????????????

Alhamdulillah..akhirnya ada kesempatan ana ingin menulis kembali blog yang sedia terbengkalai ini...bukan sengaja tapi di sebabkan projek yang satu2 datang dalam sem baru..dengan projek english yang perlu membuat surat khabar...di tambah lagi dengan projek Environmental design-ED dan graphic communication-GC.agak kelam kabut dan tidak terurus keadaan sekarang..duit...usah diperkatakan kerana duit umpama air sekarang...berlalu dan terus mengalir...sehinggakan untuk menggenggamnya dengan terlalu lama pun tidak berkesampaian...tetapi Alhamdulillah projek ED yang pertama telah di hantar..dan berkonsepkan lukisan corak abstrak tapi di penuhi dengan beberapa element of design...dan pensyarah pun suka apa yang ana design..tu yang paling bersyukur sangat..

kepuasan dlm projek yang pertama ini adalah ana melukis satu corak symmetry yang bertemakan,"LILLAHI TA'ALA" atau FROM ALLAH WE START AND TO ALLAH WE BELONG" mungkin ana buat tema ini di sebabkan ana teringat kata2 isytiaqi suatu ketika dulu yang mana kita berdakwah bukan melalui ceramah atau nasihat sahaja tetapi kita boleh berdakwah dengan pelbagai cara..dan salah satunya adalah dengan lukisan...insyaallah untuk projek kedua ED ni perlu berdasarkan projek yang pertama iaitu serial plane of design...di mana di sini ana nak buktikan apa yang ana rancang untuk design kali ni menepati konsep yang asal..Doakan yang terbaik untuk ana...

Tetapi bila di fikirkan kembali...ana sendiri tidak pasti untuk meneruskan course ini atau tidak di sebabkan masalah kewangan...bayangkan hampir sebulan ana memasuki sem baru,hampir RM500 duit habis di belanjakan di sebabkan membeli barang2 keperluan projek...terfikir juga bagaimana ana nanti bila di Gombak..??hmmm...insyaallah...rezeki itu ada di mana2..

hari ini..telah berakhirnya MUET..dan Alhamdulillah ana dapat menjawab soalan walaupun banyak yang ana sendiri pun tidak faham..haha..tetapi yang pastinya...selepas ini ana kena belajar untuk tidak tidur malam di sebabkan untuk menyiapkan projek...hurmmm...terdapat kesukaran di situ...tetapi itulah namanya berjihad yang mana kita perjuangkan sesuatu yang kita inginkan...kalau tiadanya subjek yang melibatkan design...rasa2nya pointer ana tidak dapat di tingkatkan ..haha..

SHORT NOTE:minggu depan balik....rindunya dekat rumah...:)

Comments

  1. bnyaknya kos nk buat projek...
    hemmm..........
    blum sem akhir lg..da kna kluar duit yg bnyk..

    ReplyDelete

Post a Comment