LUAHAN SELEPAS CUTI..

Alhamdulillah...akhirnya ana dapat kembali menulis blog..banyak perkara yang terjadi sepanjang hari raya ni...bak kata astro,"macam2 ada"..haha...yang pasti,ana cukup gembira melalui semua itu...

Hari raya pertama,macam2 terjadi..dengan kejutan adik beradik yang balik di kampung tahun ini..di tambah lagi dengan penambahan anak buah dan paling utama sekali,ana dapat melihat kembali kereta2 silver di halaman rumah...:)jadi,kesempatan semua adik beradik ada,kami mengambil gambar di kedai...(pening uncle kedai tu nak susun 20 orang yang macam2 ragam)...:)

sepanjang hari raya,Alhamdulillah dapat keluar beraya lebih tahun ni tapi yang agak memberi sedikit tekanan bila beraya ni,ana sering di ajukan soalan atau ayat yang sama...

"ini ke yang kahwin hari tu?"
"laaa...dah besa dah yang bongsu...bila nak kahwin??"
"suaminya mana??"

haha...kadang2 malas juga nak menjawab soalan2 ini semua..mana tidaknya,ana baru berumur 19 tahun tetapi anggapan semua orang yang ana ni terlebihlah matang sampai orang ingatkan ana ni dah berkahwin...Hai,suamiku....mana agaknya awak ni...awak tak kesiankan saya ke beraya sorang2??hahah..yang pasti,ana belum lagi berkahwin...masih lagi menunggu....:)

Reunion kali ni,ramai sahabat ana yang lain daripada yang lain...biasalah...bila umur sudah semakin meningkat,personaliti pun akn berubah...tapi ada segelintir sahabat ana masih lagi seperti dulu...walaubagaimanapun...ana masih lagi mendapat title,"dengar kata,hari tu ko yang yang bertunang..."haha..sahabat yang di kasihi sekalian...yang bertunang hari itu adalah kakak ana,terima kasih...:)

Dan balik raya kali ini juga ramai kenalan ana yang bakal bertunang...Alhamdulillah...sekurang2nya dapat mengelakkan fitnah...:)upss!!jangan tanya ana lagi pasal benda ni..ana dah tak tahu nak jawab apa lagi...semuanya akan ana serahkan yang lebih Mengetahui..:) berita terbaru,kerani sekolah tempat yang ana mengajar dahulu bakal mendirikan masjid bulan 11 ni dengan ustazah ana juga walaupun jarak usia mereka 7 tahun...sendiri kita dapat tengok yang jodoh tu tak mengenal usia..:)dan seorang lagi sahabat ana,askar bulan 6 tahun depan..selamat mendirikan rumah tangga yang di redhai Allah..:)

small note:mungkin segelintir daripada antum semua berfikir yang ana kali ini bercakap tentang jodoh...maaf...ana sendiri pun kalau berkemampuan tidak mahu bercakap pasal soal ni tetapi hal ini yang sering melanda hidup ana dan lama-kelamaan hal ini menjadi sebahagian hidup ana..haha...sesungguhnya jodoh itu ada bagi orang yang sabar...tapi cukup penyabar ke saya???haha..

Comments