TERHARU...



*ana bersama dengan budak bilik yang sentiasa dengan ana selama di UIA ni...:)

Alhamdulillah semalam ana berbuka puasa dengan abang2 dan kakak yang ana kenal kat facebook..pada asalnya ana cuma mengenali 2 orang sahaja di antara mereka...Habibbullah dan rijal mukhriz tetapi bila berjumpa yang lain ,baru sedar yang kami telah mengenali lama di fb rupanya...pertemuan dengan mereka semua membuatkan ana rasa banyak benda yang membuatkan ana terharu..

pada asalnya,ana segan untuk berjumpa dengan mereka tetapi memikirkan kami rapat di fb dan mula untuk berjumpa dan iftar bersama2...ana pun ikut serta...sebelum berbuka,kami solat dahulu untuk memudahkan kami supaya berbuka dengan hati yang lapang..selepas itu,cukuplah berbuka dengan WEDGES dan NURGET di KFC,itupun sudah memadai kerana ana kurang berminat untuk berbuka dengan makanan selain daripada makanan rutin harian iaitu nasi..sambil berbuka sambil berborak,akhirnya pukul 9lebih menjelma...ikutkan hati..memang ana nak terus balik ke UIA tapi apakan daya,guard UIA agak straight dari segi peraturan...jadi,k.ana,salah seorang yang ikut serta menawarkan menumpang di biliknya di UM.memang agak sedikit segan pada mulanya kerana k.ana melayan ana terlalu baik sampailah meminjamkan pakaian,tempat tidur sehinggalah makanan untuk bersahur k.ana juga persiapkan...subhanallah...ana betul2 terharu dengan layanan k.ana walaupun sebelum ini memang tidak pernah untuk bersua muka..tak nak menyusahkan k.ana lebih banyak lagi,pagi tadi ana gerak balik ke UIA seawal yang mungkin...memang terharu layanan k.ana dan abang habibbullah yang betul2 menjaga ana sebaik mungkin...mungkin di sebabkan ana lebih muda dari mereka berdua..perbezaan sebanyak 3 tahun membuatkan ana hormat mereka sebagai insan yang patut di hormati...

short note:walaupun k.ana dan abang habibbullah hanyalah orang biasa tetapi membuatkan ana sanjung tinggi dengan sikap mereka yang lebih baik daripada ana sendiri..bila terfikir kembali..terharunya ana di sisi mereka kerana sikap mereka yang cukup memberikan layanan sempurna dekat ana sendiri..

***********************************************************************************

Dalam pukul 11 lebih,sahabat bilik ana merancang untuk membeli baju raya...perasaan cukup gembira kerana dari minggu lepas lagi kami memang berniat demikian...berjalan ke sana dan ke sini...akhirnya dapat apa yang di hajati..tahun ini,ana lebih selesa untuk memilih baju berwarna ungu lembut..walaupun pada asalnya niat untuk mempunyai pakaian raya warna hitam..:)

small note:budget untuk baju raya tahun ni Alhamdulillah cukup sederhana..


************************************************************************************

terima kasih kepada sahabat ana:nurul hani dan nurul farahah.tidak lupa juga kepada kak ana dan abang habibbullah juga yang banyak menjaga ana dan gembirakan ana beberapa waktu ni...syukran semua...:)

Comments

Post a Comment